CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 4

Syafiq Kyle Memilih Watak, Takut Nak Tonton Lakonan Sendiri Kalau Tak Menjadi

  [Copy link]
Post time 19-5-2022 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Mengakui dirinya seorang yang terlalu berfikir tentang hasil kerja, pelakon Syafiq Kyle adakalanya berasa takut untuk melihat lakonan sendiri dan menerima pandangan orang.


Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, dia mahukan setiap watak yang dilakonannya betul-betul berjaya dan boleh dibanggakan.


Foto: IG




“Saya ada perasaan overthinking yang tinggi dan tidak akan menonton lakonan sendiri jika saya rasa ia tidak menjadi. Sebab itu saya memilih watak yang dirasakan betul-betul boleh berjaya.


“Dalam zaman teknologi sekarang ini, peminat boleh menonton setiap lakonan kita berulang kali walau dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Justeru saya mahukan satu hasil yang berkualiti dan boleh membanggakan diri sendiri,” katanya kepada mStar.




  



Bagi memastikan dia boleh mendalami setiap watak dalam lakonan, Syafiq tidak pernah penat untuk menimba ilmu menerusi kelas lakonan bersama pengajar yang berpengalaman.


Bukan hanya mendapat ilmu lakonan, Syafiq juga memberitahu menerusi kelas sebegitu dia dapat membantu orang sekeliling untuk menyelesaikan masalah selain meningkatkan keyakinan diri.




  



“Saya tidak pernah melihat sertai kelas lakonan sebagai satu usaha yang besar. Ia sebenarnya adalah cara sendiri untuk saya mengurangkan masalah ketika di set penggambaran.


“Ada produksi yang menyediakan tenaga pengajar untuk sesebuah projek. Namun jika tidak saya akan cari sendiri supaya saya dapat mendalami sesebuah watak dengan lebih baik lagi.


“Selain ilmu berlakon, kelas sebegini membantu untuk saya meningkatkan keyakinan diri. Saya juga dapat belajar mengenali seseorang menerusi pemerhatian dan secara tidak langsung boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain,” ujarnya.




  



Syafiq ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Seribu Nina di Kuala Lumpur pada Selasa.


Bercakap tentang drama arahan Umi Salwana Omar ini, kata Syafiq ia adalah sebuah karya yang boleh dibanggakan dan tidak pernah malu untuk mempromosikannya.


Menerusi drama tayangan di aplikasi Viu ini, Syafiq memainkan empat watak berbeza dan ternyata ia memberi satu kepuasan dalam kerjaya seninya.




  



“Dalam setiap drama saya hanya akan memfokuskan kepada hasil lakonan sendiri sama ada ia terbaik atau tidak. Dalam projek kali ini saya boleh katakan tidak malu untuk mempromosikannya.


“Bila lagi saya nak terlibat dalam drama sebegini? Selalunya orang hanya melihat satu watak sahaja dalam sebuah drama, tetapi kali ini saya boleh tunjukkan bakat menerusi empat watak berbeza,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 07:10 AM | Show all posts
takde ke org bagi tau lakonan dia ni stereotype ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama je mcm sokriyaya mutu lakonan..drama back to back pn sama je stereotypes
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:35 AM | Show all posts
Ate ape perasaan die tgk video blkg sikit?
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
muda muka dia ye walaupun dh 30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.089714 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list