CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 2

[Kedah] Remaja sebabkan pemotong rumput maut dituduh esok

[Copy link]
Post time 19-5-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pekerja memotong rumput hingga seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, akan dihadapkan ke mahkamah, di sini esok.

Remaja lelaki berusia 16 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan remaja bawah umur terbabit akan dituduh esok selepas pihaknya mendapat arahan lanjut daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Selepas kertas siasatan yang lengkap dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya, kita seterusnya mendapat arahan untuk tuduh remaja berkenaan di mahkamah esok," katanya.

Dalam kejadian pada 11 pagi 7 Mei lalu seorang pekerja pemotong rumput maut manakala rakannya parah dirempuh sebuah MPV ketika berehat di bahu jalan di Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong.

Dalam kejadian itu, lelaki warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan.

Siasatan lanjut mendapati MPV terbabit dipandu remaja yang tidak mempunyai lesen dan dia kemudian ditahan untuk diambil keterangan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-maut-dituduh-esok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 11:06 AM | Show all posts
so next mak bapak budak ni pulak ke kena dakwa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 11:34 AM | Show all posts
apa cerit budak2 yang langgar pemotong rumput kat thailand dulu tu ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066411 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list