View: 9197|Reply: 53
|
Anita Sarawak Muncul Hubungi Rakan Baik Di Malaysia, "Sedih Dengar Cerita Bukan-Bukan, Kak Nita Sihat Dan Bahagia"
[Copy link]
|
|
Sampai sekarang menyepi tanpa berita, 'kehilangan' Anita Sarawak menimbulkan pelbagai spekulasi.
Namun segalanya terjawab selepas penyanyi itu ada menghubungi rakan baiknya, penulis hiburan Shuib Taib dan Roslen Fadzil pada awal Syawal lalu untuk bertanya khabar dan mengucapkan Salam Aidilfitri.
Dipetik melalui Murai, Roslen dan Shuib menerima panggilan telefon darinya awal Mei lepas.
Foto: Google
Slen berkata kepada Murai, “Akhirnya sesudah 12 tahun berlalu, dapatlah Abang Slen mendengar suara yang sangat-sangat dirindui, Kak Nita dan suami, Abg Mahathir yang mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, sambil bertanya khabar diri Abg melalui panggilan telefon kepada adiknya, Shuib Taib lewat petang smlm (waktu Malaysia).
“Saya terkejut apabila Kak Nita sudi berbual dengan saya melalui telefon. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, nak tanya bagaimana kesihatannya sekarang dan Alhamdulilah, Kak Nita dan Abang Mahathir dalam keadaan sihat. Dari suara Kak Nita sendiri sudah cukup membuktikan Kak Nita kini sihat dan bahagia sekali.”
“Tidak banyak perkara sempat kami bualkan menerusi telefon, namun terdapat hal-hal peribadi yang saya tak dapat kongsikan kepada umum demi menghormati permintaan Kak Nita. Perbualan yang amat bermakna itu sudah cukup menggambarkan kebahagiaan Kak Nita dan Abang Mahathir selama ini yang digosipkan dgn macam-macam cerita mengarut.”
Slen menambah Kak Nita sedih dengar khabar angin bukan-bukan mengenai dirinya dan suami.
“Sebelum ini dalam perbualan lain dengan Shuib, Kak Nita ada meluahkan rasa sedih dan kecewa setelah membaca artikel tempatan mengenai desas-desus mengenai rumahtangganya. Malah beliau juga terkejut dengan khabar angin mendakwa dirinya sedang sakit."
Kak Nita juga sempat meminta menyampaikan salam dan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua kenalannya di Malaysia.
“Rasa seronok sangat dapat bercakap dan mendengar suara Kak Nita yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Terubat rindu ini! Mengakhiri perbualan kami, Kak Nita mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua kenalannya di Malaysia dan meminta semua mendoakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, semoga Kak Nita dan Abg Mahathir selamat dlm perlindungan Allah SWT."
Semoga Anita Sarawak sentiasa sihat dan bahagia di mana jua dia berada. Mungkin satu hari nanti Kak Nita terbuka hati untuk muncul kembali. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Asalkan sihat dan bahagia cukuplah |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak banyak perkara sempat kami bualkan menerusi telefon, namun terdapat hal-hal peribadi yang saya tak dapat kongsikan kepada umum demi menghormati permintaan Kak Nita
kalau xnak cite, xboleh cerita, tak payah ckap pape.. ckap je kak nita baik bertanya khabar bla3 sihat walafiat... tak perlu nk mention dia ada ckap bla3 tapi ini hal peribadi x boleh cerita... meluat ! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berumur dan retire, mungkin nak hidup aman2 je . All the best kak nita, semoga sihat dan bahagia always. |
|
|
|
|
|
|
|
haritu artikel pasal dia membawa diri lepas sentap kena kritik pasal lakonan oleh acik kumala
katanya kak nita ada contact adik beradik lain
tapi bukan acik kumala
mungkin acik nita terasa pasal komen acik kumala
(mengikut artikel .. acik nita yang request pandangan acik kumala) |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya......riak sbb dapat citer exclusive....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha... kompeni aku kije relocated her out from Mesia. Dah sangkak ke, nak balik sini buat duit balik ke? Dari di dengan Broery depa kawin civil. Retis retis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reporter tetap nak feeling-feeling exclusive dapat panggilan...hujung-hujung "cerita peribadi yang tidak boleh didedahkan". Lagi bagus kau diam je, orang pun tak meluat...tak tertanya-tanya. Apa perasaan adik-beradik dan keluarga dia yang lain nanti. Ntah-ntah wartawan feeling je. Ye lah Kak Nita pun tak akan nak muncul nak confirmkan statement dia kan. |
|
|
|
|
|
|
|
tahnya..ni mcmkomen2 dlm forum la..'aku tau cerita sbnr tapi aku tak boleh nak cerita kat sini'... |
|
|
|
|
|
|
|
Biaslah tu nek nita ni lari dari hutang kat malaysia,sbb tu dia taknak balik.sblm nama kena blacklist baik cabut lari dulu..lgpn nek nita ni dh jd org amerika tu.buat apa dia balik sini lagi setelah segala hutang2 yg kau tinggal kan.show pon dulu bayar us dollar |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm nk bgtau rahsia.. tetiba tarik blk.. k fine |
|
|
|
|
|
|
|
alaahhh... pancing pancing pulak. cakap je la. benci aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaya mak aku Kak Nita ni. Mak aku bila berckp, dgn semua orang dia bahasakan tok nek. Kak Nita pulak smpai bila bila nk berkak Nitakah? |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 18-5-2022 01:01 PM
Sebaya mak aku Kak Nita ni. Mak aku bila berckp, dgn semua orang dia bahasakan tok nek. Kak Nita pul ...
Semoga kak Anita Sarawak dikurniakan kesihatan yang baik ,Umur yang berpanjangan Dan keluarga yang bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Siked tak pecaye.. Awat tak wat videokol? |
|
|
|
|
|
|
|
Cubaan nak Up kan diri sendiri ke?#tanyajer |
|
|
|
|
|
|
|
moga baik2 aje untuk acik nita |
|
|
|
|
|
|
|
nk dpt exclusivity lah kononnnnnnnnnn... dari reputs yg lain. pastu nk cite mcm tak cite. apooooo. baik diam jer. tapi apa2 pun alhamdulillah laa sheol sihat walhafiat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x silap,dulu dia sakit kanser kan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|