View: 9845|Reply: 64
|
Sharifah Husna Dan Halim Radzi Nak Kahwin
[Copy link]
|
|
Aktor yang sedang popular dengan drama Jangan Menangis Cinta, Halim Radzi, 26, mengaku merancang mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang juga pelakon, Sharifah Husna selepas dua tahun mengenali hati budi masing-masing.
Halim yang juga bekas peserta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 memberitahu, keluarga mereka masih berbincang mendapatkan tarikh sesuai untuk melangsungkan pernikahan.
Foto: IG
"Memang ada perancangan (berkahwin) dan kalau ada rezeki, Insya-Allah. Hendak kata tahun ini, saya kena tengok dahulu kerana keputusan ini terletak kepada kedua-dua keluarga.
"Keluarga kami perlu berbincang sebelum diputuskan tarikh. Sekarang, kami masih memilih tarikh sesuai. Kalau okay, saya akan umumkan... Insya-Allah," katanya kepada BH Online.
Berkongsi detik perkenalannya mereka, Halim dan Sharifah Husna digandingkan dalam drama Kasih Tak Terungkap.
"Kami berkawan selepas berlakon bersama. Ketika itu, dia jadi heroin manakala saya bawa watak pembantu. Masa itulah kami mula berkawan.
"Kemudian kami digandingkan memegang teraju utama drama Dia Bidadari Dari Syurga. Dari situ, perkenalan kami jadi lebih dekat. Alhamdulillah, sekarang sudah dua tahun kami berkawan," katanya.
Mengenai wajahnya yang dikatakan mirip dengan pelakon gandingannya dalam Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Halim mengaku menerima tempias populariti aktor sasa berkenaan.
"Saya pernah bekerjasama dengan Remy di mana saya jadi adiknya. Sekarang, menerusi Jangan Menangis Cinta, saya jadi abang Remy pula," katanya.
Halim mengaku selepas membintangi Jangan Menangis Cinta, dia banyak terima 'direct message' (DM) daripada peminat wanita di Instagram (IG).
"Ada yang menghantar rakaman video dan bertanya sama ada saya sudah berkahwin atau sebaliknya. Saya jawab terima kasih kerana menonton drama saya.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sebab orang terima lakonan saya sebagai Hariz dan beri maklum balas yang baik," katanya yang memberi perhatian kepada lakonan mantap apabila menerima tawaran itu.
Sementara itu, Halim tidak kisah namanya lambat dikenali kerana percaya setiap anak seni mempunyai perjalanan tersendiri.
Halim mula berlakon sejak lapan tahun lalu. Antara drama lakonannya adalah Masih Ada Rindu, Isteri Bukan Untuk Disewa, KL Gangster Underworld Musim 2, Setelah Ku Dimiliki, Tulus Cinta dan Ombak Rindu The Series.-CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
lahhhhhh jantan pun ada versi kemut.. hahahahah.apsal x jodohan dgn rohanis kemut tu. 2-2 kemutt sesuaiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 18-5-2022 07:59 AM
lahhhhhh jantan pun ada versi kemut.. hahahahah.apsal x jodohan dgn rohanis kemut tu. 2-2 kemutt ses ...
Bongok lah kiah.. i pon baru terpikir gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Wei apsal iolls tak kenalllll |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kancilkering at 18-5-2022 08:56 AM
mamat ni pegang watak abang remy…padahal beza umur lebih 10 tahun….heheheehe lawak le …..
sharifah tu lawa org nye… |
|
|
|
|
|
|
|
lawa sgt la pmpn nya. husna ni x nk tunggu dulu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 18-5-2022 12:55 AM
mamat ni pegang watak abang remy…padahal beza umur lebih 10 tahun….heheheehe lawak le …..
sharifa ...
Wemy umo 40thn...budak ni 26thn..beza 14 thn tu...wemy tok danish ver 2.0 |
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi rupanya sang lelaki ini.... aku kira umur 35 ke atas weh... |
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 18-5-2022 07:59 AM
lahhhhhh jantan pun ada versi kemut.. hahahahah.apsal x jodohan dgn rohanis kemut tu. 2-2 kemutt ses ...
Hahaha tergelak meols baca komen kiah
Husna dik oiii, sabar tunggu yg lebih ada income stabil n senyum tak kemut, boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
tak selero tgk si jantannya. tgk muka dia cam terbayang lumut |
|
|
|
|
|
|
|
beauty and the beast.. baiii |
|
|
|
|
|
|
|
sedar kewujudan halim ni masa citer puasa raya 4-5 tahun sudah Bila Aidil Ada Fitri..
Ungku Ismail dengan Saleha lead.. dia ni jadi best friend UIA pilot... dia berlakon kayu masa tu.
citer Jangan Menangis Cinta ni ade improvement sikit walaupun maintain mulut kemut. Apepun, scene dia ni marah aritu masa dia pecah rahsia Mak Tok ngan Mama Remy pasal Dina, berbuih mulut dia sekali dengan cakap tersembur sembur liur. Terus teringat menteri mulut buih tu dulu... there n then rasa loya. LoL.... |
|
|
|
|
|
|
|
muka jauh lg matang dari umur |
|
|
|
|
|
|
|
muka cam dah 35 ke atas... iols igtkan dia anak jalaludin hassan lol |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia senyum kemut gitu eh
Buruk terus rupa jadinya |
|
|
|
|
|
|
| |
|