CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 3

Habis Terbakar, Aduan Pelajar Tidak Dilayan Oleh Pihak Universiti Buat Netizen Sakit Hati!

[Copy link]
Post time 18-5-2022 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Jika ada sebarang masalah kemudahan di dalam asrama, pihak pengurusan asrama perlu mengambil tindakan segera jika ada masalah dari segi peralatan elektrik, kehilangan barang peribadi dan lain-lain.

kredit foto: Twitter



Petikan dari Vocket, baru-baru ini ada ciapan tular di media sosial Twitter yang menceritakan seorang abang yang kecewa dengan pihak universiti tempatan adiknya berdepan dengan detik cemas apabila kipas di dalam bilik asramanya terbakar di sebuah universiti tempatan.



Difahamkan, adiknya telah memberitahu pihak pengurusan asrama tersebut sebanyak dua kali tentang maalah kipas berkenaan tetapi aduan itu tidak dilayan sehingga kebakaran itu berlaku.


Tambahan pula selepas kejadian itu berlaku, adiknya dan rakan sebiliknya telah mendapat bilik baharu dan akan mendapat bayar ganti rugi oleh pihak universiti.



Menjengah di komen pula, ramai yang terkejut dengan pihak universiti yang tidak melayan isu yang dibangkitkan oleh palajar mereka dan risau jika ini bukan kali pertama isu yang berlaku di asrama universiti tersebut. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 11:07 AM | Show all posts
Apasal dia hastag ke Radzi Jidin,

IPT bukan bawah Radzi, IPT bawah Noraini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terigat dulu surau kat block asrama, terbakar sbb lampu kalimantang ada short circuit. Ada yang berlari panggil warden. Ada yang berlari selamat kan barang ada yang berlari angkat tong pemadam api. Api mmg besar terbakar kat ceiling. Alhamdulillah lah kami ni pelajar cemerlang bijaksana. Dengan pantas api dipadamkan berkat latihan kebakaran. Elok api padam, semua orang bertenang dah. Warden datang lenggang kangkung “apa yang terbakar”

Dia punya mood ngundang rasa mcm nak membakor rumah dia je ha. Nak tengok mana gaya lenggang kangkung rumah terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaya kan gituhhhhh
ko ngadu laaa banyak mana pun
selagi takde yang mati
selagi tu laidback nunggu orang mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.204412 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list