CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1291|Reply: 5

[Jenayah] Gempar:lelong,lelong... Butiran Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia Dikatakan Dijual Di Web Gelap Pada Harga murah RM40 Ribu

[Copy link]
Post time 17-5-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-5-2022 06:29 PM

Pada tahun lepas, ia telah dilaporkan bahawa sekumpulan penggodam telah menjual butiran peribadi seramai 4 juta rakyat Malaysia di pasaran gelap. Terkini, kumpulan penggodam sama dilihat tampil sekali lagi, mengatakan bahawa mereka mempunyai butiran 22.5 juta rakyat Malaysia yang dicuri daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Berdasarkan apa yang dapat kami lihat, kumpulan tersebut mempunyai butiran seperti nombor kad pengenalan, nama pemilik kad pengenalan tersebut, tarikh lahir, alamat rumah, jantina dan nombor telefon yang berdaftar.

Kumpulan penggodam ini turut mengatakan lagi bahawa kumpulan data kali ini mengandungi butiran rakyat Malaysia yang dilahirkan pada 1940 sehinggalah 2004, dan mereka dilihat mahu menjual data ini pada nilai $10,000 dalam nilai kriptowang Bitcoin.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi samada pihak Jabatan Pendaftaran Negara sedar mengenai masalah pencurian data terbaru ini, samada ia adalah isu godaman baru, ataupun kumpulan tersebut hanya melepaskan sekumpulan kecil data rakyat terstersebut untuk dijual sebelum ini.

As noted in our previous report, myIDENTITY is a data-sharing platform designed for the public sector that enabled government agencies to obtain personal details from a centralised repository. When commenting on last year’s incident, Minister of Home Affairs, Hamzah Zainudin has said that 104 agencies have received permission to utilize the platform.

Meanwhile, the seller also claimed that the 160GB dataset has 22.5 million rows in it with 20 attributes such as name, IC number, address, date of birth, gender, race, religion, mobile number, and Base54-based photo. To prove their point, they posted information belonging to Hamzah Zainudin in their listing which is quite daring, to say the least.

https://amanz.my/2022337736/





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnya godam..ntah2 data mysejahteruk yg dijual..siap dgn no tepon aktif lagi.. pelaq
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelong sekali pak2 menteri yg tak kompeten ni boleh tak?

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo MySengsare tokeinye sape la lagi kalo bukan jin Oxfart pake toncit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambaq pun ada?
Dolu2 ada ipta kena godam.. maka terpampang la gaji setahun pensyarah2 situ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:43 PM | Show all posts

Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia

1. PADA 17 Mei 2022, dilaporkan bahawa data peribadi 22 juta rakyat Malaysia sedang dijual di atas talian dalam sebuah forum maya. Menurut penjual tersebut, data peribadi itu adalah maklumat daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Data peribadi ini merangkumi, antara lain, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat penuh dan juga gambar-gambar.

2. Ini bukan kali pertama data peribadi rakyat Malaysia ditawarkan untuk dijual kepada umum. Pada bulan September tahun lepas, terdapat dakwaan berlakunya kebocoran data peribadi melibatkan 4 juta data yang terkandung dalam pangkalan data JPN dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3. Perkara ini sudah tentu akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan orang awam. Sekiranya benar terdapat kebocoran data peribadi daripada pangkalan data jabatan dan badan awam, ia merupakan suatu pelanggaran keselamatan (security breach) yang serius dan mendedahkan orang ramai kepada pelbagai risiko termasuk penipuan, kecurian identiti dan juga menjejaskan keselamatan negara.

4. Ia menimbulkan sekali lagi persoalan tentang keselamatan dan integriti data dan maklumat yang disimpan dalam pangkalan data yang dikendalikan oleh badan-badan awam seperti JPN dan SPR.

5. Pihak berkuasa digesa untuk menjalankan siasatan yang telus dan teliti bagi mengenal pasti sama ada terdapat kebocoran maklumat. Pada masa yang sama, kerajaan tidak boleh memandang enteng terhadap dakwaan-dakwaan seperti ini, kerana ia melibatkan keyakinan orang awam terhadap keselamatan data peribadi yang disimpan di pangkalan data badan-badan berkanun, jabatan serta agensi kerajaan.

6. Sistem keselamatan data bagi entiti seperti JPN dan SPR harus sentiasa dipertingkatkan untuk memastikan bahawa maklumat dan data yang disimpan adalah selamat. Untuk tujuan ini, kerajaan juga digesa untuk menyemak semula keberkesanan sistem keselamatan bagi penyimpanan data peribadi rakyat Malaysia.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasat-dakwaan-penjualan-data-peribadi-22-juta-rakyat-malaysia-361860




Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.959600 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list