CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1157|Reply: 12

[Tempatan] Lif rosak,eskalator rosak,wanita ini tak puashati kemudahan rapidkl tak baiki kemudahan asas di LRT AMPANG PARK untuk OKU ini

[Copy link]
Post time 17-5-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-5-2022 12:40 PM


IsU fasiliti di kawasan pengangkutan awam sering kali diutarakan di media sosial, namun seolah-olah pihak berwajib tidak mengambil langkah sewajarnya.

Kemudahan seperti eskalator dan lif amat penting bagi pengguna pengangkutan awam khususnya golongan warga emas atau Orang Kelainan Upaya (OKU).

Namun, penyelenggaraan yang tidak efisien semestinya akan menyukarkan para pengguna yang sering bergantung kepada kemudahan berkenaan.

Seorang pengguna tiktok  zeeda aziz meluahkan kekesalannya kerana pihak Rapid KL tidak melakukan kerja-kerja menyelenggara eskalator dan lif yang sudah rosak di stesen LRT Ampang Park

Saya tak faham betul cara pengurusan bangunan utk pengangkutan awam macam LRT Rapid KL ni.

Awam tu maksudnya semua. Semua tu merangkumi juga OKU, Orang Tua, Kanak-Kanak dan Wanita Mengandung.

La ni cuba habaq kat cheq, LRT ni perkhidmatan utk golongan kaki kuat ja ka?

Saya bukan suka merungut. Saya berjaya pun naik sampai ke atas walaupun rasa macam nak putuih nyawa.

Nasib baik la tak pitam. Kalau pitam, berapa anak tangga saya boleh bergolek jatuh?

IOI Mall Puchong pun ada masalah lif. Nak naik ke atas dari parking, tak boleh. Kata guard, lif terpaksa ditutup sebab ramai salah guna.

Dah tau ramai salah guna, boh la guard kat pintu lif, bukan kat escalator. Ntah apa2 punya pelan keselamatan.

.

Naik tangga bertopang ketiak nampak mudah, tapi gayatnya tu Allah je yg tahu. Silap sikit je, ke hospital la sudahnya.

LRT Ampang Park, jangan tunggu kecelakaan terjadi baru nak tunjuk prihatin.

#rapidkl #lrtampangpark

Sumber tiktok zeeda aziz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapid hanya sediakan pengangkutan... Yg bhgan prasarana tu kontraktor ye...
Bkn salah derang
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 05:32 PM | Show all posts
Kat tanahair ni bab selengara selalu kalah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 17-5-2022 06:07 PM

Di stesen ni lah jgk ramai rohingya bergelandangan ank beranak mintak sedekah mcm kat negara takde undang2 n peraturan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-5-2022 05:32 PM
Kat tanahair ni bab selengara selalu kalah

Masih Di takuk lama.

Malang sunggoh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 17-5-2022 06:05 PM
Di stesen ni lah jgk ramai rohingya bergelandangan ank beranak mintak sedekah mcm kat negara takde u ...

Orang enforcement kita tido ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat klinik kesihatan KB ni pun lif tak siap2 selenggara sejak sebelum puasa hari tu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:07 AM | Show all posts
macam eskalator kat lrt klcc tu lah...semedang rosak...dari zaman aku grad sampai dah tua bangka masih lagi rosak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 17-5-2022 09:52 PM
Orang enforcement kita tido ke?


Dbkl mkn gaji buta tu tgk saja bknya nak ambik tindakan pun..lalu td pun besepah gelandangan dok tido,yg mintak sedekah pun ado..memalukan betul kat plancong2 luar tgk tgh2 bandar CBD ada pemandangan hina mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:21 AM | Show all posts
selama kerja dekat-dekat monorail medan tuanku ni (dekat 7 tahun), tak pernah sekali pun nampak lif dia jalan

eskelator pulak ada sebelah je, belah lagi satu ada tangga/lif

nak guna eskelator tu kena illegal lintas jalan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:25 AM | Show all posts
Kalau eskalator/lif rosak jangan mimpi la nak elok cepat
Dulu masa eskalator MRT BB rosak (nak turun ke platform 2) berbulan la nak tunggu elok balik.
Kat MRT TTDI tu pun dah berbulan2 eskalator rosak...kalau time peak mmg lama la menunggu nak guna lif sbb tak boleh masuk ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
inilah Malaysia. nak bina macam-macam. nak selenggara memang x pandai. habis melingkup semua macam KLIA. dah nampak usang sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:09 AM | Show all posts
sbb tu la org lebih suka guna kenderaan sendiri dari guna penggangkutan awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.078785 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list