CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2483|Reply: 14

Marc Anthony bertunang dengan Miss Universe Paraguay

[Copy link]
Post time 17-5-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Netizen kaitkan JLO dengan pertunangan Marc bersama Nadia.

PENGUMUMAN pertunangan penyanyi Marc Anthony dengan pemenang Miss Universe Paraguay 2021, Nadia Ferreira menjadi perbualan netizen disebabkan perbezaan usia mereka 30 tahun.

Selain soal usia, peminat juga kembali berbicara mengenai bekas isteri Marc yang juga bintang popular Hollywood, Jennifer Lopez.

Imej yang mengundang kontroversi itu diungkit semula ketika Marc mencacah tatu pada jarinya yang melambangkan cincin perkahwinan ketika mengahwini Jennifer Lopez pada 2004.

Itu bukan satu-satunya tatu yang dicacah demi Jennifer, Marc juga pernah mencacah tatu nama Jennifer di pergelangan tangannya. Bagaimanapun selepas berpisah, penyanyi My Baby You itu cuba menutup tatu itu dengan rekaan lain.

Marc, 53, dan Nadia, 23, mulai berpacaran sejak tiga bulan lalu sebelum akhirnya mengesahkan hubungan mereka menerusi hantaran di Instagram.


Perkongsian Nadia di Instastory.

Nadia turut berkongsi sekeping foto di Instastory sambil berpegangan tangan dan menayangkan sebentuk cincin pertunangan mereka.

"Engagement party!" tulis Nadia.

Cincin yang berwarna hijau zamrud yang bertatah dua batu permata rekaan Mike Fried itu dianggarkan bernilai lebih daripada setengah juta dolar (RM2.1 juta).

Terdahulu, Marc dan Nadia meluangkan masa bersama-sama kenalan mereka sambil bercuti di Miami.

Untuk rekod, Marc pernah bersama Miss Universe Puerto Rico 1993, Dayanara Torres, Jennifer Lopez dan model Venezuela, Shannon de Lima.

Menerusi perkahwinan bersama Dayanara pada 2000, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Cristian Marcus Muñiz, 21, dan Ryan Adrian Muñiz, 19.

Bersama dengan JLo, mereka dikurniakan kembar Maximilian David Muñiz dan Emme Maribel Muñiz yang kini berusia 14 tahun.

Pada 1994, Marc dan pasangannya, Debbie Rosado menimang cahaya mata sulung, Ariana yang kini berusia 28 tahun dan mengambil anak angkat lelaki Chase setahun kemudian.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... nama-jennifer-lopez

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 03:24 PM | Show all posts
alaaa benda dah lepas tetap laa reputs nk kaitkan dgn jlo lagi. moving forward laa sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 03:52 PM | Show all posts
dasat abe marc ni...cuns2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:26 PM | Show all posts
beza umur 30 thn tapi tak nampk sgt rupa mcm atok dgn cucu.tapi klau nicolas cage tu dah rupa mcm pedo.mungkin budak ni muka matang
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr dgn JLO baik dgn yg br ni..tah knp x gemo sgt dia dgn JLO..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Githewwww atuk mendunia..
Ada duit n nama semua blh jalan..
Oh dunia tipu2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 10:38 AM | Show all posts
duit punya pasei. kalo x berduit idok dipandang olek fomfuan itew
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 02:45 PM | Show all posts
tastenya memang pompuan cun

kira hebatlah JLO dapat caras dia dari Miss Universe

padan muka ditinggalkan JLo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 12:23 AM | Show all posts
Why bother when Marc keeps cheating.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 12:17 PM | Show all posts
Dulu ex wife dia pun Miss Universe 1993, Dayanara Torres. Memang jenis suka Beauty Queens kut. Lol.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 03:56 PM | Show all posts
gitu la lelaki bila berduit nak yang muda 20 30 tahun pun boleh dapat

pompuan2 gini nak je jantan tua kerepot janji fulus nya lebat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:25 PM | Show all posts
Gittew atuk-atuk menduniaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 09:01 PM | Show all posts
waduhhhh
atok marc.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 07:56 PM | Show all posts
Paiya replied at 22-5-2022 02:45 PM
tastenya memang pompuan cun

kira hebatlah JLO dapat caras dia dari Miss Universe

His first wife was Miss Universe. He cheated on her to be with J Lo.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 07:57 PM | Show all posts
electricopop replied at 11-10-2022 12:17 PM
Dulu ex wife dia pun Miss Universe 1993, Dayanara Torres. Memang jenis suka Beauty Queens kut. Lol.

He sure has a "thing" for Beauty Queens.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.119639 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list