CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Perlis] Cuba seludup keluar minyak masak, daun ketum: Dua warga Thailand ditahan

[Copy link]
Post time 17-5-2022 10:27 AM | Show all posts |Read mode

DUA LELAKI yang ditahan kerana menyeludup ketum dan minyak masak bersubsidi. FOTO Ihsan APMM.

Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150 bungkusan minyak masak bersubsidi ke Thailand susulan penahanan dua warga Thailand di perairan Kuala Perlis, di sini Sabtu lalu.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, kejadian berlaku pada 10.50 malam di kedudukan 0.5 batu nautika barat pantai Pulau Ketam, Kuala Perlis.

"Hasil kerjasama maklumat Unit Risikan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan dipantau Unit Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengesan sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran sedang bergerak keluar dari Kuala Sanglang menuju ke arah perairan sempadan Malaysia-Thailand dalam keadaan bergelap dan mencurigakan.

"Sejurus menerima maklumat, kita mengatur gerak bot ronda pasukan operasi ke lokasi dan berjaya mengesan bot suspek yang didapati bergerak laju ke arah sempadan Thailand.

"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua suspek berkenaan terus memecut laju ke arah daratan berhampiran dalam usaha meloloskan diri, namun bot ronda kita berjaya memintas mereka dan menahan bot itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tekong bot berkenaan melarikan diri dengan terjun dan berenang ke daratan berhampiran, namun rakannya yang juga seorang warga Thailand berusia 40 tahun berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut itu menemui 78 bungkusan plastik hitam dengan berat 780 kg yang disyaki daun ketum bernilai RM140,400 serta 150 paket minyak masak bersubsidi dengan berat 150 kg bernilai RM1,200 yang dipercayai cuba diseludup keluar ke Thailand menggunakan laluan laut.

"Nilai keseluruhan rampasan ini termasuk daun ketum, minyak masak, bot fiber berserta enjin sangkut bergalah dianggarkan sekitar RM161,600," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada hari sama, APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup 140 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum pada jarak satu batu nautika barat pantai Sungai Padang, Kuala Perlis.

Mohd Hashim berkata, kejadian berlaku pada 11.59 malam hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan anggotanya yang mengesan seorang suspek sedang mengemudi bot dalam keadaan mencurigakan keluar dari muara Sungai Kerpan menuju ke arah sempadan perairan Malaysia-Thailand.

"Sebaik suspek menyedari diekori, suspek memecut laju ke sempadan perairan Thailand namun kita berjaya memintas dan menahan bot itu.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui 140 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum dengan anggaran berat sekitar 1.4 tan dianggarkan bernilai RM252,000 cuba diseludup keluar ke negara jiran," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong lelaki warga Thailand berusia 26 tahun.

"Nilai keseluruhan rampasan kedua ini, termasuk daun ketum, bot fiber berserta enjin sangkut dianggarkan sekitar RM272,000.

"Kesemua suspek serta rampasan termasuk bot ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-thailand-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.278670 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list