CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Kedah] Perkhidmatan feri tergendala akibat air pasang besar

[Copy link]
Post time 16-5-2022 05:35 PM | Show all posts |Read mode

Pelancong dari Langkawi ke Kuala Kedah, Evon Lim, 46, terpaksa menunggu perkhidmatan motosikal disebabkan kawasan Kuala Kedah dipenuhi air akibat fenomena air pasang besar. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: Fenomena air pasang besar yang berlaku sekitar Kuala Kedah termasuk di Terminal Feri selama hampir dua jam tengah hari ini menyebabkan kawasan itu dilanda banjir kilat setinggi 0.5 meter.

Kejadian bermula pada jam 12 tengah hari tadi itu mengakibatkan banyak kenderaan terkandas dan rosak berikutan yang paras air laut naik mendadak berserta hujan lebat sehingga jalan raya dinaiki air.

Tinjauan mendapati, orang ramai terpaksa mengharungi banjir kilat manakala peniaga mengalami kerugian selepas kawasan gerai mereka dinaiki air yang naik secara mengejut.

Turut terjejas perkhidmatan feri ke Langkawi melalui Terminal Kuala Kedah yang sepatutnya bertolak pada jam 12.30 tengah hari terpaksa ditangguh hampir 35 minit dan memulakan pelayaran pada jam 1.05 petang.

Difahamkan, paras air laut mencapai tahap puncak setinggi tiga meter pada jam 1 tengah hari menyebabkan air laut melimpah, namun mulai surut bermula jam 2 petang.

Pegawai Pembantu Pengurusan Ferrylines Ventures, Shuhairol Nizam Hassan, 39, berkata, feri yang sepatutnya membawa 225 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi hanya dinaiki sebilangan kecil penumpang sahaja selepas ramai yang terkandas ketika banjir kilat.

"Paras air laut pada jam 12.30 petang itu agak tinggi sehingga mencecah jeti, namun penumpang yang tiba masih boleh turun dan berjalan seperti biasa ke terminal.

"Bagi penumpang yang terkandas akibat air pasang pula, mereka masih boleh menaiki feri berikutnya ke Langkawi pada jam 2.30 petang," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pelancong, M Viminii, 22, dan rakannya, Noor Shazliza Abd Rahman, 27, berkata mereka baharu tiba di Terminal Feri Kuala Kedah dengan menaiki feri pada jam 11 pagi sebelum terkejut melihat kejadian banjir kilat.

"Feri kami bertolak dari Langkawi pada jam 11 pagi, namun ketika menghampiri perairan Kuala Kedah, feri yang dinaiki mula beralun dan bergoyang kuat menyebabkan keadaan agak cemas kepada penumpang lain.

"Sebaik tiba di terminal, kami lihat air memenuhi kawasan parkir kereta dan saya mengambil keputusan menunggu sehingga air surut sebelum dapat berjalan kaki mengharungi air," katanya.

Bagi peniaga, Mohd Ariff Azizan, 30, berkata, dia dan rakannya, Muzammil Rosli, 30, berkata mereka sedang berniaga nasi beriani di tepi jalan, sebelum sedar air laut mula melimpah, namun sempat menyelamatkan barangan jualan.

"Kami hanya sempat berniaga dua jam bermula jam 10 pagi sebelum air naik mendadak pada jam 12 tengah hari. Air laut naik memang laju tak sampai 15 minit air penuh, tetapi saya sempat angkat semua barang jualan walaupun masih banyak nasi belum dijual," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-air-pasang-besar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.997515 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list