CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Kedah] Pelacur beri alasan datang haid elak ditahan

[Copy link]
Post time 16-5-2022 01:39 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang ditahan. FOTO Luqman Hakim Zubir

Alor Setar: "I have period, i have period." Itu alasan diberikan wanita warga asing ketika ditahan sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah kerana didapati menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hotel di dekat sini, malam tadi.

Dalam Op Gegar pada 8.30 malam itu, wanita warga Vietnam berusia 20-an berkenaan memberi alasan kononnya dia didatangi haid walaupun ketika itu berada dalam keadaan separuh bogel bersama seorang pelanggan yang juga lelaki tempatan.

Bagi meyakinkan lagi lakonannya, dia dalam keadaan kelam kabut terus mengambil tuala wanita yang disimpan dalam beg tangan sebelum berpura-pura mahu memakai untuk membuktikan yang dia bercakap benar kepada pegawai JIM wanita yang menahannya.

Namun, helah itu gagal mempengaruhi pegawai terbabit yang sudah menghidu taktiknya yang cuba membuat pelbagai alasan bagi melepaskan diri dan wanita itu akhirnya terpaksa mengaku menjalankan aktiviti pelacuran selepas pemeriksaan dalam bilik hotel terbabit menemui pelbagai peralatan melakukan seks.

Malah, dia turut dilihat tersipu-sipu menahan malu apabila menyedari 'lakonannya' tidak menjadi kerana pelanggan yang disiasat JIM membocorkan rahsia dengan memberitahu wanita itu tidak didatangi haid.

Selain pelbagai alasan dan helah yang diberikan, ada antara golongan pelacur ini juga turut dikesan mengambil bahan terlarang berdasarkan kepada penemuan peralatan untuk menghisap syabu dalam bilik hotel didiami mereka.

Golongan pelacur ini memberi alasan kononnya dengan menghisap syabu ia dapat memberikan tenaga tambahan ketika melayan nafsu pelanggan yang mendapatkan khdimat seks daripada mereka.

Pelacur ini mendakwa terpaksa menghisap syabu kerana ada antara pelanggan tidak puas selepas melempiaskan nafsu pada 'pusingan pertama' dan sanggup membayar lebih untuk melakukan hubungan seks kali kedua sekaligus dapat memberikan pendapatan tambahan buat mereka.

Difahamkan, pelacur warga asing ini menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan dan mengenakan bayaran mencecah RM200 untuk sejam.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan) Ketua Penolong Pengarah Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, operasi hampir tiga jam membabitkan 16 pegawai itu dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan dan juga menerima maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral di dua hotel berkenaan.

Menurutnya, dalam operasi itu, 21 individu terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita diperiksa dan tujuh daripada mereka didapati tiada dokumen sah selain tinggal lebih masa di negara ini.

"Semua yang ditahan kerana melakukan kesalahan itu terdiri daripada tiga wanita Vietnam serta empat wanita Thailand dan mereka juga dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran berdasarkan kepada beberapa penemuan bahan bukti ketika serbuan.

"Selain itu, kita turut menemui bahan terlarang serta peralatan menghisap dadah dalam bilik hotel didiami mereka," katanya yang ditemui di lokasi serbuan malam tadi.

Menurutnya, semua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantek Sik dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kita turut mengeluarkan borang 29 (saman saksi) kepada pekerja hotel manakala pelanggan yang dipercayai mendapatkan khidmat seks dibawa ke pejabat JIM untuk membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati ada antara PATI berkenaan masuk secara tidak sah melalui jalan laut iaitu di Kuala Perlis dan Sungai Golok Kelantan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-haid-elak-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.477297 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list