CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 0

No.46 milik Rossi ‘haram’ digunakan

[Copy link]
Post time 16-5-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode

ROSSI merangkul sembilan kejuaraan dunia dengan menjuarai 115 perlumbaan serta 235 kedudukan podium sepanjang kariernya. – AFP


ROM – Penganjur Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) mengesahkan angka keramat No.46 yang sebati dengan pelumba le­genda Itali, Valentino Rossi tidak boleh lagi digunakan oleh mana-mana pelumba pada masa akan datang bermula Grand Prix Itali penghujung bulan ini.

Sebagai rekod, Rossi yang bergelar juara saingan MotoGP sebanyak tujuh kali termasuk menjuarai 115 perlumbaan GP dan 235 kedudukan podium sepanjang kariernya telah meng­umumkan persaraan rasmi pada musim lepas.

Pelumba sensasi yang ter­kenal dengan gelaran The Doctor itu akan hadir pada majlis yang akan dianjurkan oleh MotoGP pada 28 Mei depan di Litar Antarabangsa Mugello sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan yang dilakukan sepanjang kariernya.

“No.46 akan ‘diharamkan’ daripada digunakan pada saingan MotoGP bermula GP Itali akan datang. Keputusan ini dibuat sebagai tanda penghormatan terhadap apa yang Rossi sumbangkan dalam arena permotoran antarabangsa.

“Angka tersebut sememang­nya sudah sebati dengan Rossi yang merupakan juara dunia sebanyak sembilan kali termasuk tujuh kejuaraan MotoGP dengan menggunakan No.46 sepanjang kariernya sebelum ini.

“Rossi adalah atlet MotoGP yang paling berpengaruh dan kami berharap keputusan untuk mengabadikan No.46 sejajar de­ngan keputusannya bersara pada musim lepas adalah langkah yang tepat,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.

Selain Rossi, MotoGP sebelum ini telah melakukan perkara yang sama terhadap nombor yang digunakan oleh beberapa jaguh le­genda permotoran dunia se­perti Kevin Schwantz (No.34), Loris Capirossi (No.65) dan Nicky Hayden (No.69). – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... si-haram-digunakan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list