CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kedah] Bekalan minyak masak peket semakin sukar diperolehi

[Copy link]
Post time 15-5-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Sik: Bekalan minyak masak peket di kawasan luar bandar di daerah ini semakin sukar diperolehi terutama selepas Aidilfitri minggu lalu.

Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar mini di Pekan Sik mendapati tiada bekalan minyak masak peket menyebabkan rata-rata penduduk merungut terpaksa membeli minyak masak botol dengan harga mahal.

Harga minyak masak botol berbeza mengikut jenama iaitu bagi dua kilogram (kg) dijual bermula dengan harga RM12.70 hingga RM19.30.

Bagi minyak masak lima kilogram pula ia dijual dengan harga RM29.50 hingga RM38.20.

Peruncit, Mohd Shakir Zakaria, 34, berkata, bekalan minyak masak tidak dijual di kedainya selepas Hari Raya berikutan pemborong tidak menghantar bekalan.

"Saya tidak jual minyak masak botol kerana harganya mahal, lagi pun minyak masak botol kurang permintaan selain saya sendiri perlu beli dengan modal yang tinggi.

"Bekalan minyak masak peket ini pula memang sukar diperolehi sejak beberapa bulan lalu, sekejap ada bekalan sekejap tak ada, selepas Aidilfitri pula langsung tak ada," katanya ketika ditemui.

Bagi suri rumah, Natrah Iskandar, 47, dia sudah pergi ke beberapa kedai runcit di sekitar kampung namun terpaksa pulang ke rumah dengan hampa kerana tiada bekalan minyak masak peket.

Katanya, dia sudah kehabisan minyak masak botol yang dibeli oleh anaknya ketika pulang beraya sebelum ini dan hanya membeli minyak masak peket kerana harganya lebih murah.

"Ada kedai sebelum ini jual dengan harga lebih tinggi daripada harga kawalan RM2.50 iaitu antara RM2.60 hingga RM3 sekilogram, tapi saya tidak kisah kerana masih boleh dianggap murah berbanding minyak masak botol.

"Ramai dalam kalangan kami mencari rezeki sebagai penoreh getah, sekarang musim hujan, pendapatan sangat kurang, kami terpaksa berjimat cermat guna minyak masak. Bekalan pula tidak ada, sekiranya beli minyak masak botol sekali sekala bolehlah," katanya yang tinggal di Kampung Belimbing di sini.

Peniaga kuih, Nur Fitri Ibrahim, 32, berkata, dia sangat terkesan dengan ketiadaan bekalan minyak masak sejak akhir-akhir ini menyebabkan dia terpaksa membeli minyak masak botol dengan harga yang tinggi.

"Kuih muih masih dijual dengan harga lama iaitu lima biji RM2 tapi kami terpaksa tanggung kos modal yang tinggi, untung semakin nipis.

"Saya harap kerajaan dapat lakukan sesuatu agar kami boleh mendapat bekalan minyak masak peket dengan lebih mudah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... in-sukar-diperolehi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.536427 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list