CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 1

[Kedah] Biar susah, pendidikan anak saudara jadi keutamaan

[Copy link]
Post time 15-5-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Ruji (duduk dua kiri) beramah mesra dengan Tarmizi (tiga kanan) dan Tiah (kanan) pada Program iCare4U di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR

Alor Setar: Biarpun hidup dalam serba kekurangan, pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak sanggup mengambil dan memelihara dua anak saudara demi memastikan kanak-kanak terbabit tidak tercicir dalam pelajaran.

Tarmizi Abdullah, 40, yang bekerja sebagai nelayan dan isteri Tiah Shawal, 42, yang hanya mengambil upah bekerja di pelantar ikan tinggal di rumah tidak berbilik bersama empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia enam hingga 18 tahun.

Selain itu, dua anak saudara lelaki berusia sembilan dan 12 tahun turut tinggal bersama kerana Tarmizi enggan melihat mereka terabai terutamanya dalam pendidikan.

Menurutnya, anak saudaranya itu adalah anak kepada adik lelaki yang tinggal di Kuala Sala serta bekerja sebagai nelayan dan juga hidup susah seperti mereka sekeluarga.

"Anak sulung kini berusia 18 tahun sudah berhenti sekolah sejak tingkatan satu kerana hidup kami sangat susah ketika itu selain dia mahu bekerja membantu keluarga.

"Mujur tiga lagi anak masih bersekolah dan saya bersyukur kerana walaupun masih dihimpit kemiskinan namun pengorbanan anak sulung yang bekerja sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban selain memastikan adik-adiknya dapat meneruskan pengajian," katanya ketika menerima kunjungan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi pada program lawatan iCare4U di Kampung Tepi Laut dan Taman Sri Putra, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM Abdul Halim Hamzah dan Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Zaiton Yahaya.

Menurutnya, walaupun mereka dihimpit kemiskinan namun dia enggan melihat dua anak saudaranya tercicir dalam pelajaran.

"Adik saya juga hidup susah seperti kami namun saya enggan melihat dua anaknya terbiar dan tidak mendapat pendidikan sewajarnya seperti anak sulung saya.

"Saya akan membawa dua anak saudara tinggal bersama di Kampung Tepi Laut ketika sesi persekolahan dan menghantar mereka pulang ke Kuala Sala setiap kali menjelang cuti," katanya.

Sementara itu, Ruji berkata dalam program lawatan iCare4U di dua lokasi hari ini, seramai tujuh penduduk diberikan bantuan secara one-off bagi meringankan beban mereka.

"Peserta yang terpilih menerima bantuan ini terdiri daripada individu yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan kita akan memastikan program seumpama ini dilaksanakan di seluruh negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dara-jadi-keutamaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 01:24 PM | Show all posts
Allahu. mulianya hati. sendiri pun susah tp sanggup bela 2 anak sedara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.582748 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list