CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Kedah] Tak perlu terburu-buru tanam ketum

[Copy link]
Post time 14-5-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Padang Terap: Penduduk luar bandar di negeri ini khususnya di Padang Terap dinasihatkan tidak terburu-buru menanam ketum dengan skala besar walaupun terdapat cadangan untuk mengeksport tanaman itu ke luar negara bagi tujuan perubatan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penduduk perlu menunggu keputusan kerajaan terlebih dahulu supaya ia dapat dilakukan mengikut lunas undang-undang.

"Kita boleh positif dan progresif untuk tanam ketum tapi biarlah tunggu keputusan kerajaan dahulu.

"Sekiranya kerajaan sudah membuat keputusan membenarkan eksport ketum, barulah penduduk boleh menanam mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan," katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Parlimen Padang Terap, di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita mengenai penanaman ketum yang didakwa berleluasa dan terdapat pembukaan ladang baharu di negeri ini khususnya di Padang Terap.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, berkata tanam ketum di daerah ini tidak berleluasa sebaliknya ia hanya diuruskan semula.

"Sebenarnya ketum ini sudah lama ditanam khususnya di Padang Terap, banyak rumah yang tanam ketum. Tidak ada penambahan tanaman ketum apabila ada perkhabaran (cadangan daripada kerajaan negeri untuk eksport ketum ke luar negara) walaupun belum tentu lagi keputusan kerajaan Persekutuan tapi mereka anggap ini sebagai tanda positif.

"Jadi mereka betulkan balik ladang-ladang itu yang sebelum ini tidak terurus, sebab itu ia nampak seperti ada penambahan," katanya.

Ketika ditanya mengenai tanaman ketum akan menjejaskan kawasan sawah padi, Mahdzir berkata ia berkemungkinan tidak berlaku hingga ke tahap itu kerana harga ketum tidak bertahan tinggi sekiranya ia dibenarkan untuk dieksport kelak.

"Kita tidak tahu bagaimana keputusan kerajaan nanti dan kalau kerajaan benarkan ketum dieksport, saya tak fikir ia akan bertahan dengan harga itu.

"Sebab dia akan jadi besar dan ramai tanam ketum, pasaran pun tidak tentu akan terus tinggi," katanya.

Sebelum ini media melaporkan jumlah keluasan tanaman ketum di seluruh Kedah dianggarkan kira-kira 140 hektar membabitkan 84,577 pokok.

Daerah Padang Terap merekodkan kawasan paling luas iaitu 94.36 hektar hektar, Pendang (30.5 hektar), Sik (7.2 hektar) dan Baling (3.7 hektar).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ru-buru-tanam-ketum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.080382 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list