CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 259|Reply: 9

Seach nak buat konsert atas bumbung. Semoga takde acik porum kepam yang terjun bunuh diri

  [Copy link]
Post time 14-5-2022 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Ikonik! Search Bakal Adakan Konsert Atas Bumbung Kompleks Campbell! - "Kami Akan Nyanyi Lagu Yang Tak Pernah ..."

Kumpulan rock legenda, Search yang kini dibarisi Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Minn (dram) dan penyanyi baru mereka dari Indonesia, Denden Gonjalez akhirnya bergabung buat pertama kali dalam Konsert Search Rocking On Rooftop.

Konsert itu dijadualkan berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun ini jam 9 malam.

Walaupun lokasi atas bumbung bukanlah asing dalam beberapa penganjuran konsert artis tempatan sebelum ini, namun apa yang bakal diketengahkan Search ada keistimewaan tersendiri.

Kompleks Campbell itu sendiri misalnya, pada era 1980-an dan era eksplosif muzik rock adalah antara ‘port rockers’ selain Kompleks Pertama dan Kompleks Wilayah yang terletak berhampiran.

Yang pasti, gabungan muzik rock & roll Search, peminat rock dan lokasinya bakal mengimbau nostalgia kegemilangan muzik rock di situ.

Noordin yang mengilhamkan konsert itu berkata, ia juga bakal menampilkan kelainan terutama dari segi bunyian, pencahayaan, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

"Kami akan membawakan 14 hingga 17 lagu. Apa yang menarik ia adalah lagu yang jarang-jarang dan tidak pernah dimainkan Search dalam konsert-konsert sebelum ini.

"Search ada banyak lagu dan peminat juga minta mainkan macam-macam lagu. Lagu-lagu yang biasa dimainkan dalam konsert dulu, peminat sudah hafal. Jadi, kali ini kami nak kelainan. Kita juga nak mainkan lagu-lagu yang ada potensi untuk menarik pasaran luar terutama Indonesia," katanya.

Noordin berkata, antaranya adalah lagu-lagu dari album keenam Search iaitu Rampage yang diterbitkan pada 1992.

"Album itu turut menampilkan Yan selaku pemain bass. Arah muzik album itu juga berbeza daripada album Search yang lain. Lagipun ramai peminat sukakan album itu," katanya.

Bukan saja pemilihan lagu, rekaan pentas konsert berkenaan juga berbeza.

Noordin berkata, pentasnya tidak berbumbung dan tidak ada ‘backdrop’, sebaliknya penonton dihidangkan dengan panorama bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

"Itulah ‘backdrop’ pentas kami. Pastinya ia memberi impak menarik terutama dari segi fotografi dan visual," katanya.
Selain itu, kehadiran Denden, Yan dan Minn juga bakal memberikan arah muzik dan ‘sound’ yang lebih segar daripada Search.

Ini termasuk jurutera bunyi, pasukan produksi dan teknikal yang mantap demi memastikan Search tampil dengan ‘sound’ berkualiti.

Sementara itu, konsert ini juga bakal menampilkan Ratu Rock, Ella sebagai penyanyi undangan. Ella juga akan berduet dengan Denden.

Tiket-tiket konsert berharga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual.

Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian, layari laman web www.fenomenasearch.com.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 02:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 02:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 02:07 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 02:07 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 02:07 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai mn je blh muat tu


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 04:50 PM | Show all posts
tgk gambar idokla tinggi sgt...
moga tak hujan hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya deme nak line up ori
moga berjaya laa event nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena buli tak si Denden? Depa tu suka buli newbie. Geng susah senang arwah tu pun depa buat derk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.091324 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list