CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 0

Pol tidak panik hadapi spekulasi disingkir Repsol Honda

[Copy link]
Post time 14-5-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

POL dikatakan tidak lagi menjadi pilihan Repsol Honda yang berhasrat untuk membawa Mir menyertai mereka musim depan. – AFP


LE MANS – Pelumba Repsol Honda, Pol Espargaro enggan menekan butang panik selepas beberapa pihak mendakwa dirinya akan ‘ditendang’ daripada pasukan pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) bermula musim depan.

Menurut laporan antarabangsa, Honda difahamkan tidak berminat untuk melanjutkan kontrak Pol yang akan berakhir musim ini dan bersedia untuk menawarkan kontrak buat jaguh Suzuki, Joan Mir bagi digandingkan dengan Marc Marquez pada tahun depan.

Namun, Pol tidak mahu menghiraukan spekulasi tersebut yang dianggap tidak benar kerana mampu menjejaskan tumpuannya untuk memberikan aksi sebaik mungkin buat pasukan menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis esok.

“Saya menafikan dakwaan bahawa pihak pengurusan telah menjelaskan mengenai kedudukan saya pada musim depan dan laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Itu adalah si­tuasi normal kerana dunia sekarang dikuasai oleh media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pelumba kelahiran Sepanyol berusia 31 tahun itu mengesahkan ejen peribadinya sudah mula berbincang dengan beberapa pasukan termasuk Honda me­ngenai potensi untuk melanjutkan kontrak tambahan sebelum berakhir musim ini.

“Saya masih ada pengurus yang membantu hala tuju karier saya dan dia sedang melakukan perbincangan mengenai pasukan yang bakal saya wakili musim depan, termasuklah potensi untuk kekal bersama Honda.

“Jika diberi pilihan, sudah tentu saya mahu terus berbakti dalam pasukan ini dan berdasarkan rekod. Hanya saya yang berjaya meraih kedudukan podium buat pasukan musim ini. Justeru, saya tidak panik dengan situasi semasa kerana saya cukup matang bagi menangani isu ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ngkir-repsol-honda/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050066 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list