View: 401|Reply: 0
|
Skuad petanque kini tumpu acara double lelaki, wanita
[Copy link]
|
|
Gambar fail - Jurulatih sukan petanque kebangsaan, Zanilisa Mohamed. - Foto NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
HANOI: "Runtuh tingkap itu tak apa lagi, jangan tiang itu yang runtuh".
Itu perumpamaan diberikan jurulatih petanque negara, Zanilisa Mohamed selepas anak didiknya gagal mara ke final acara `shooting' lelaki dan wanita Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi, di sini, hari ini.
Zanilisa berkata keputusan diraih dalam acara berkenaan sama sekali tidak mengecewakan kem petanque dengan keutamaan ketika ini adalah memberi tumpuan dalam acara double lelaki dan wanita yang dijadual berlangsung dua hari bermula esok.
Katanya, acara shooting sememangnya sukar dijangka memandangkan ia bergantung kepada prestasi atlet pada hari pertandingan berkenaan dan ia tidak berada dalam senarai perancangan pingat seperti disasarkan sebelum ini.
"Perlawanan shooting ini bergantung kepada prestasi atlet pada hari pertandingan itu. Maksudnya sekiranya atlet pada hari prestasinya baik, maka kita boleh ke final dan kalau sebaliknya, kalah awal dan ia bukan acara yang boleh kita letakkan sasaran.
"Jadi apa kita sasarkan adalah esok iaitu dalam acara double yang kita rancang untuk dapatkan pingat emas. MSN (Majlis Sukan Negara) juga sudah jelas dengan sasaran itu," kata Zanilisa ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pusingan penyingkiran acara shooting lelaki hari ini, atlet negara, Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi meraih 26 markah untuk berada di tangga keenam keseluruhan manakala Nurul Balqis Fuzian meraih 24 mata untuk berada di tangga keenam keseluruhan kategori wanita.
Zanilisa berkata acara `double' bakal menjadi 'tiang utama' bagi kem petanque di siniuntuk menjelmakan dua emas diimpikan selain mengharapkan pingat dalam acara `triple'.
"Mahu tak mahu, (acara) esok kita perlu sumbangkan emas kerana persiapan kita dari awal memang memberi fokus kepada acara double lelaki dan wanita disamping mix triple yang akan berlangsung tiga hari lagi. Esok dan lusa acara double dan kedua-duanya kita fokus untuk sumbangkan emas.
"Bagi saya, kita menyenaraikan atlet yang matang (untuk acara double). Mereka bukan kali pertama dan sudah dua tiga kali beraksi di Sukan SEA. Kita sasarkan acara itu kerana seperti kita membina sebuah rumah... apabila kita buat rumah, apa yang kita inginkan itu perlu dibuat.
"Jangan runtuk apa yang kita inginkan itu. Maksudnya kalau runtuh tingkap itu tak apa lagi tetapi jangan tiang itu," kata Zanilisa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ouble-lelaki-wanita |
|
|
|
|
|
|
| |
|