CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Kedah] Dua wanita berputih mata terpedaya Macau Scam

[Copy link]
Post time 14-5-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Akibat terpedaya dengan kelicikan Macau Scam, dua wanita terkejut apabila mendapati wang dalam akaun bank milik mereka lesap selepas ditipu individu menyamar sebagai pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam dua kes berasingan di negeri ini.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita yang bekerja sebagai jurujual di Pendang berusia 22 tahun kerugian RM6,600 selepas menerima panggilan daripada Ketua Pegawai Operasi Cukai LHDN Putrajaya semalam pada jam 8 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Deputi Superintendan Mohd Norfadzly Mohd Hashim berkata, mangsa dimaklumkan bahawa Mykad miliknya diguna pakai oleh orang lain dan mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM36,000.

Beliau berkata, panggilan wanita itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sebelum disambung ke Bank Negara.

"Disebabkan takut dan bimbang, mangsa terus memberi kata laluan akaun bank miliknya dan nombor TAC bank kepada sindiket tanpa menyedari dia ditipu.

"Bagaimanapun mangsa hanya menyedari ditipu selepas menyemak wang dalam akaun bank miliknya sebanyak RM6,600 lesap pada jam 5 petang hari sama dan terus membuat laporan di Balai Polis Pendang untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini.

Dalam kejadian berasingan semalam, seorang suri rumah berusia 49 tahun dari Taman Selasih, Kulim kerugian RM92,000 selepas diperdaya pegawai LHDN yang memperkenalkan diri sebagai Anthony.

Mohd Norfadzly berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek pada jam 10.30 pagi memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak berjumlah RM38,500 menggunakan nombor Mykad miliknya yang disalah gunakan di bawah syarikat IZ Jaya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu namun panggilannya disambung ke IPK Kelantan dan dimaklumkan dia terbabit dengan dadah serta penggubahan wang haram.

"Mangsa yang takut dan bimbang dengan perkara itu kemudian menyerahkan kata laluan akaun bank miliknya beserta TAC kepada 'polis' terbabit.

"Bagaimanapun selepas beberapa jam kemudian mangsa membuat semakan mendapati wang dalam dua akaun bank miliknya sebanyak RM92,000 lesap.

"Berikutan itu, dia membuat laporan polis pagi semalam untuk memaklumkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erpedaya-macau-scam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.210716 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list