CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

Suzuki mahu tinggalkan MotoGP

[Copy link]
Post time 14-5-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

SUZUKI berdepan masalah kewangan.

Paris: Bekas juara dunia Suzuki mengesahkan mahu meninggalkan MotoGP penghujung tahun ini dan sedang berunding dengan Dorna mengenai perancangan itu.

Suzuki dalam kenyataan menjelang Grand Prix Perancis menjelaskan aspek kewangan menjadi alasan utama dan turut menimbangkan untuk menamatkan semua aktiviti perlumbaan.

"Malang sekali, situasi ekonomi semasa dan keperluan untuk menumpukan kepada perubahan lebih besar dihadapi dunia automotif sejak beberapa tahun kebelakangan ini memaksa Suzuki secara drastik mengurangkan kos berkaitan perlumbaan," menurut kenyataan itu.

Suzuki menambah mereka mahu ''menggunakan seluruh sumber ekonomi dan pembangunan manusia bagi memajukan teknologi baharu."

Minggu lalu, Dorna berkata Suzuki diberi peringatan mereka tidak boleh membuat keputusan unilateral di bawah terma kontrak MotoGP.

Suzuki Motor Corporation hanya memperbaharui pembabitan di MotoGP tahun lalu yang berlanjutan sehingga musim 2026.

Pengeluar itu pernah menarik diri daripada MotoGP sebelum ini, meninggalkan kelas perdana selepas musim 2011 susulan masalah ekonomi namun kembali semula pada 2015.

Pasukan itu muncul juara kedua-dua kejohanan pada 2020 apabila pelumba Sepanyol, Joan Mir memenangi gelaran pertama pada musim yang dipendekkan akibat pandemik Covid-19.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-tinggalkan-motogp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.159085 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list