View: 3462|Reply: 31
|
Tak Nak Isteri Marah- Hisyam Hamid Elak Buka Baju, Tayang Badan
[Copy link]
|
|
Demi menjayakan watak seorang bekas banduan dalam drama terbaharu berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan, pelakon Hisyam Hamid sanggup menurunkan berat badan sehingga 8 kilogram.
Kata Hisyam, 37, dia hanya mengambil makanan berat sehari sahaja sejak beberapa bulan lalu dan melakukan senaman supaya mendapatkan bentuk fizikal yang kurus.
Foto: IG
"Saya melakukan persediaan untuk melakonkan watak ini kira-kira dua bulan sebelum memulakan penggambaran pada April lalu. Saya berjaya turunkan sebanyak 8 kilogram dari berat badan 83 kg sebelum itu.
"Saya hanya ambil makanan berat sekali sahaja pada waktu tengah hari dan minum kopi atau makan roti pada sebelah malam. Berpuasa di bulan Ramadan sebelum ini juga membantu saya untuk turunkan berat badan.
"Bagaimanapun saya tidak mencadangkan amalan ini kepada orang ramai. Saya buat supaya nak dapatkan fizikal kurus supaya sesuai dengan watak seorang bekas banduan," katanya kepada mStar.
Hisyam ditemui ketika sidang media drama tersebut yang dijalan secara atas talian pada Khamis.
Diberikan kepercayaan sebagai watak hero dan bergandingan dengan pelakon wanita lain, Hisyam ada cara tersendiri bagi memastikan isterinya tidak berasa cemburu.
"Kalau tanyakan kepada isteri mesti dia kata tidak cemburu kerana faham dengan kerja saya sebagai pelakon. Namun saya tahu jauh di sudut hati seorang wanita akan wujud perasaan itu apabila melihat suami bersama dengan wanita lain walau dalam drama.
"Saya perlu bijak buat 'damage control'. Kita tahu macam mana nak kawal keadaan dan pujuk isteri. Bergandingan dengan pelakon wanita juga bukanlah satu masalah sehingga menjadi isu besar dalam rumah tangga," jelasnya.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada September 2006 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah dan Hayden.
Sementara itu, Hisyam juga sentiasa meletakkan limitasi dalam lakonan supaya tidak melakukan babak yang keterlaluan seperti menayang tubuh badan.
Kata Hisyam penonton sekarang cukup bijak menilai kualiti sesebuah karya dan adegan sebegitu tidak perlu untuk tujuan mempromosikan drama.
"Semestinya saya akan berbincang dengan pengarah jika ada babak yang tidak bersesuaian seperti membuka baju.
"enonton sekarang sudah bijak, jadi tak perlu nak 'belanja' jika babak tersebut tidak perlu dalam sesebuah drama," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau heols bukak baju, pecah semua empangan acik acik kaki drama ye.... dah lah hhelok, comeyyy, lesung pipit...sentiasa nampak wangi, even anak-anak dia pun nampak cam comot-comot, wife pun kejap imej gothic, kejap mak-mak, kejap kakak-kakak flat HDB singapore...tak konsisten dengan imej wangi heols... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku keliru dia ni ngan suami pasha sanda
Mcm serupa je |
|
|
|
|
|
|
|
Laki fasha rambut senipis kulit bawang. Ni rambut terpacak. Boleh bezakan tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 13-5-2022 04:27 PM
kalau heols bukak baju, pecah semua empangan acik acik kaki drama ye.... dah lah hhelok, comeyyy, le ...
Dia ni handsome cuma gigi dia pendek mcm mami azhar sulaiman..klu gigi dia panjang mesti kalah fattah amin atau zul ripin. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 13-5-2022 05:53 PM
Hensemnyeeee HH
Makan apa la smpi jd hensem nih
Merembes akak dibuatnya
Mmg minat dia ni dr dulu lebih dr peti ais no 2 yg ckp kemut2 tu...tp tu la syg x dpt nak lihat heols shirtless |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 13-5-2022 05:53 PM
Hensemnyeeee HH
Makan apa la smpi jd hensem nih
Merembes akak dibuatnya
Mmg handsome..ketiak pon bersih.takdelah bulu berjuntai |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 tgk HH kat drama ariana rose dulu ingatkan dia ni umur senior mcm aaron aziz tu, tgk anak2 dh besar..rupanya pangkat adik2 i jer[em:12:] |
|
|
|
|
|
|
|
Ade scene drama dulu2 yang die bukak baju, nk selamatkan pompuan dalam air.
Lupe dah tajuk |
|
|
|
|
|
|
|
King ridzuan hashim selamba je topless bertuals keluar dari bilik air. Iols recycle gmbr kat thread ni pulak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada pr malaysia ke? Sbb bapak malaysian cam senang dapat kan? |
|
|
|
|
|
|
|
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
|
|
|
|
|
|
|
|
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
|
|
|
|
|
|
|
|
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
|
|
|
|
|
|
|
|
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
|
|
|
|
|
|
|
|
HH ni jnis cute mukanya..tp xtau knp i rasa dia nmpk tua.. |
|
|
|
|
|
|
|
anakmak replied at 13-5-2022 04:27 PM
Aku keliru dia ni ngan suami pasha sanda
Mcm serupa je
Suami pasha muka jenis lebar.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku dia hensem sikit dari jul & harun esbok |
|
|
|
|
|
|
| |
|