CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 0

Nama Fauzi Nawawi Selalu Panas Sebab Kontroversi- Anak Tak Malu, Tetap Sokong Ayah

  [Copy link]
Post time 12-5-2022 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Itu adalah ujian untuk keluarga kami. Bagi saya, yang salah tetap salah. Semoga kita semua mendoakan yang baik-baik untuk ayah saya,".


Demikian kata-kata Fareez Fauzi mengenai bapanya, pelakon Fauzi Nawawi yang sering berdepan kecaman masyarakat.


Fareez, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan Fauzi berkata, dia menyedari nama ayahnya agak panas berikutan sering terbabit dengan isu kontroversi sebelum ini.


Foto: IG




"erasaan malu tiada kerana nak buat macam mana ayah dah buat salah. Manusia ini tak sempurna. Yang penting saya kena sokong ayah.


"Dia sebenarnya seorang yang okey dan tak suka marah. Tapi kalau dia dah marah, memang betul-betul marah. Saya pula dulu kuat melawan.


"Tapi apabila bergelar ayah, saya lebih menghormati dia. Apa yang dilakukan adalah untuk mendidik kita," katanya kepada Harian Metro.


  



Menurutnya, pengorbanan ayahnya membesarkan dirinya perlu dihargai sepenuhnya.


"Saya juga hargai nasihat ayah agar tabah berhadapan dengan liku-liku dunia seni. Kami pernah berlakon bersama dalam drama sebelum ini.


"Saya turut dibimbing oleh ayah untuk mempunyai karakter tersendiri dalam lakonan. Dia jarang beri tunjuk ajar secara terus dan hanya beri bayangan atau rujukan lain untuk saya jadikan contoh," katanya.




  



Fareez yang berkahwin dengan Nurwathiqah Abdul Wahab pada Disember 2020 dan mempunyai cahaya mata, Muhammad Farrel Wassem, lima bulan berkata, dia mulanya menganggap menjadi bapa satu perkara mudah.


"Namun selepas ada anak sendiri, barulah saya akui ia perlukan kesabaran yang tinggi.




  



"Berbanding dulu, saya sekarang menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan apa sahaja tindakan perlu memikirkan mengenai keluarga.


"Ia tak sama lagi seperti zaman bujang yang mana saya selalu keluar melepak bersama rakan-rakan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053669 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list