CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Perlis] MAIPs milik semua – Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 12-5-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan) meluangkan masa merasmikan mural lukisan warna-warni keindahan serta ikon-ikon Kuala Perlis di sepanjang tembok Gapura Construction Sdn Bhd. di Kuala Perlis hari ini.

  

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) adalah milik semua.

Justeru, baginda berharap semua ketua jabatan, agensi serta pihak swasta turut sama memainkan peranan yang lebih aktif bagi membantu mempromosi pembayaran zakat pendapatan kepada MAIPs.

Titah baginda, pembayaran tersebut sama ada secara one off atau melalui potongan gaji secara bulanan.

“Kerjasama jabatan dan agensi serta syarikat-syarikat amat diharapkan bagi memastikan visi dan misi MAIPs sentiasa tercapai dalam membantu agama dan ummah ke arah yang lebih cemerlang, insya-Allah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih bagi kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis hari ini.

Asnaf terbabit masing-masing menerima RM700 yang diagihkan amilnya, Jasni Jonid.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Terdahulu baginda berdua sempena program Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke-32 2022 berkenaan menyampaikan sumbangan MAIPs di beberapa rumah sekitar kawasan tersebut.

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen sebelum itu turut meluangkan masa merasmikan mural lukisan warna-warni keindahan serta ikon-ikon Kuala Perlis di sepanjang tembok Gapura Construction Sdn Bhd di sini.

Baginda disambut pemiliknya, Datuk Azhar Ahmad sebagai tanda sokongan padu kepada Program Transformasi Di Raja Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai Kuala Perlis yang diinisiatifkan oleh MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Dalam kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin berharap aktiviti kayuhan MAIPs yang dimulakan sejak 2013 itu dapat terus dilaksanakan bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di samping dapat menyihatkan mental dan fizikal mereka yang  turut serta dalam  aktiviti kayuhan ini. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... a-raja-muda-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.310485 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list