CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Kedah] Perhilitan pindah ‘Awang Tanjung Nering’

[Copy link]
Post time 12-5-2022 04:11 PM | Show all posts |Read mode

GAJAH dikenali 'Awang Tanjung Nering' (tengah) diapit oleh gajah denak, 'Kasturi' (kanan) dan 'Ceri' ketika proses memindahkan haiwan tersebut selepas ditangkap di Kampung Tanjung Nering, Kupang, Baling hari ini. - UTUSAN/NORLIA RAMLI

   
BALING: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah mengambil masa lebih tiga jam memindahkan seekor gajah liar yang ditangkap di Kampung Tanjung Nering, Kupang di sini, hari ini.

Pengarahnya, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, pihaknya menggunakan khidmat dua ekor gajah denak betina dikenal ‘Kasturi’ dan ‘Ceri’ yang dibawa dari Kuala Gandah, Lanchang, Pahang untuk memindahkan gajah liar itu yang dikenali ‘Awang Tanjung Nering’ ke habitat asal.

Menurutnya, operasi membawa keluar Awang Tanjung Nering ini berjalan lancar dengan bantuan dua ekor gajah denak tersebut.

Katanya, gajah jantan berusia lebih kurang 20 tahun dan seberat tiga tan itu dilaporkan berkeliaran di kebun penduduk di kampung itu sejak dua minggu lalu.

“Gajah liar itu yang memasuki kawasan kampung dan kebun penduduk telah merosakkan tanaman seperti pokok pisang dan kelapa serta menimbulkan ketakutan kepada penduduk keluar mencari rezeki,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, anggota Perhilitan dan Unit Tangkapan Gajah Pahang menjalankan operasi mengesan dan menangkap gajah liar itu pada Isnin lalu.

“Gajah liar itu dipercayai tersesat daripada kawanan gajah lain berada dalam keadaan sihat ketika ditangkap,” jelasnya.

Selain itu, Jamalun memberitahu, sebanyak 10 ekor gajah ditangkap di daerah Sik dan Baling pada tahun ini.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan masih terdapat gajah liar di kawasan hutan itu kerana menjadi kebiasaan haiwan itu bergerak dalam kumpulan.

“Gajah liar kebiasaannya berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari makanan, tetapi apabila kawasan habitatnya diceroboh akibat projek pertanian atau pembangunan, mereka akan masuk ke kampung,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Azmi Yaacob, 58, berkata, dia terserempak dengan ‘Awang Tanjung Nering’ pada malam Hari Raya Aidilfitri kedua ketika berada di pondok di hadapan rumah kawannya.

“Ketika saya berada seorang diri sementara menunggu kawan datang, tiba-tiba muncul Awang Tanjung Nering di seberang jalan mini tar iaitu kira-kira tiga meter sahaja di hadapan saya. Mujur gajah liar itu tidak bertindak ganas, cuma bertindak merosakkan beberapa batang pokok pisang untuk dimakan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ang-tanjung-bering/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064827 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list