CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 2

Mangsa Kemalangan Rentung Kawan Aiman Tino "Terkilan Arwah Tak Sempat Beri Lirik Lagu"

  [Copy link]
Post time 12-5-2022 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Aiman Tino mengakui terkejut apabila mendapat tahu bahawa rakan sekampungnya merupakan salah seorang mangsa maut yang rentung dalam kemalangan tragis yang berlaku membabitkan lima sekawan di Perak malam tadi.


Ujar Aiman, 24, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi, kali terakhir dia bertemu dengan arwah rakannya iaitu pemandu kereta yang hangus dalam kejadian itu, Mohammad Nasrun Aidol sekitar Februari lalu.


Kongsi Aiman, arwah merupakan seorang rakan yang sangat baik dan peramah meskipun mereka berbeza usia dua tahun.




Foto: Kosmo




“Saya dapat khabar berita mengenai kematian arwah daripada abang sebab dia nampak perkongsian WhatsApp Story adiknya. Pada mulanya saya fikir tak begitu teruk tetapi tak sangka dia meninggal dunia dalam kemalangan itu.


“Dia orang yang sangat baik dan bagus. Kami tidaklah terlalu rapat tapi memang saling mengenali. Sepanjang berkawan, saya akui rasa segan dengannya kerana arwah merupakan anak ustaz. Malah dia selalu memberi sokongan terhadap apa jua jenis perniagaan yang saya usahakan.


“Kali terakhir kami berjumpa Februari lalu, dia datang mengambil tempahan biskut Nutella Pods yang saya jual,” katanya.




  



Paling menyedihkan Aiman apabila Mohammad Nasron, 22, yang sering bertanya perkembangan dirinya tidak sempat memberi lirik sebuah lagu untuk dinyanyikannya.


Kongsi Aiman, arwah sebenarnya seorang yang gemar menyanyi memandangkan mereka sama-sama pernah terlibat dalam kumpulan nasyid ketika bersekolah di kampung mereka, Kuala Kubu Bharu, Selangor.




  



“Dia memang minat menyanyi dan tulis lirik. Kalau tengok dalam Instagramnya, arwah kerap menyanyikan lagu ‘cover’.


“Dia pernah luahkan hasrat nak beri lirik sebuah lagu ketuhanan kepada saya tapi sayangnya hasrat itu tidak kesampaian apabila dia pergi terlebih dahulu,” ujar Aiman.


Malam tadi, lima individu dilaporkan rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).




  



Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, kesemua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.


Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 (pemandu kereta), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (penumpang hadapan), Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 yang duduk di bahagian penumpang belakang. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah wainnalillah hirojiun..takziah utk semua keluarga mangsa. Smoga mangsa korban ditempatkan dikalangan golongan yg beriman. Aamiin Aamiin Ya Rabb Ya Mujib
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 11:51 AM | Show all posts
iollss da tengok vid dashcam kereta belankang lori time accident ni..masa lori tu nak langgar kereta arwah2 ni boleh dengar bunyi suara orang ramai minta tolong..seriau gila n lori tu pun kemain laju gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059628 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list