View: 373|Reply: 0
|
Semangat Siti Shazwana membara selepas pulih
[Copy link]
|
|
Gambar fail - Pesilat negara, Siti Shazwana Ajak. - Foto ihsan Twitter
HANOI: Walaupun dihimpit kesan pasca COVID-19 sejak tiga bulan lalu, bagi pesilat negara, Siti Shazwana Ajak, tahap kesihatannya kini bertambah pulih untuk memburu kilauan pingat di Sukan SEA 2021.
Shazwana sebelum ini diketepikan daripada menyertai kejohanan pemanas badan di Singapura sekali gus terlepas peluang menguji peraturan baharu silat yang lebih ekstrem dan mencabar.
Begitupun, Shazwana berkata, segala persiapan sudah dibuat dengan rapi dan dia yakin mampu mengulangi pencapaian terbaik ketika meraih pingat emas dalam kelas Putri D (60-65kg) di Kuala Lumpur 2017.
"Semuanya beransur pulih dan saya gembira. Ketika pertama kali dijangkiti pada Februari lalu saya mengalami masalah pernafasan dan bimbang kerana mungkin menjejaskan misi saya ke Hanoi.
"Selepas menjalani rawatan di Institut Sains Negara (ISN), saya gembira keadaan saya pulih dengan cukup sempurna manakala, tahap kecergasan saya pada tahap yang amat baik.
"Jadi saya harap, mampu mengekalkan sasaran pingat emas seperti di Kuala Lumpur. Saya tahu bukan mudah tetapi ia bukan satu misi mustahil untuk membawa pulang sebutir pingat emas ke tanah air sekali lagi," katanya yang dijadual bertanding dalam kelas lebih tinggi, 65 hingga 70kg.
"Sudah tentu mencabar tetapi saya terpaksa meningkatkan berat saya dan pesaing saya juga lebih besar. Persiapan sudah dibuat dan saya yakin dengan peraturan baharu ini nanti sedikit sebanyak mampu memberi kelebihan kepada saya terutama melakukan jatuhan," katanya.
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) meletakkan sasaran tiga emas daripada 16 acara disertai dan badan induk kebangsaan itu menyenaraikan tiga juara dunia ke temasya dwi tahunan itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... mbara-selepas-pulih |
|
|
|
|
|
|
| |
|