CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

[Kedah] Tidak sedarkan diri sebelum kenderaan terbabas

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbabas. FOTO ihsan pembaca

Sungai Petani: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika memandu pacuan empat roda yang kemudian terbabas di Jalan Sidam Kiri-Sungai Petani, hari ini.

Kemalangan pada 3.20 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd Khairull Azmi, 36, yang berasal dari Kampung Keladi, Kulim dalam perjalanan dari Bandar Puteri Jaya menghala ke Padang Serai.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama penumpang hadapan iaitu seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dipercayai bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati Toyota Hilux dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

"Hasil keterangan daripada penumpang hadapan mendapati mangsa secara tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum kenderaan dipandunya terbabas.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan pula hanya cedera di dahi," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa dan punca kematiannya masih lagi dalam siasatan dengan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Zaidy tidak menolak kemungkinan mangsa diserang sakit jantung atau penyakit lain ketika sedang memandu namun punca sebenar hanya diketahui selepas bedah siasat dijalankan.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Difahamkan, arwah bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Kulim dan jenazah dijangka dikebumi selepas solat Subuh di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdul Rahman Putra, Kampung Keladi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kenderaan-terbabas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.136988 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list