CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1670|Reply: 2

Bergaya sakan King Oyen tahun ini...

[Copy link]
Post time 11-5-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode

KUCING berketurunan American Short Hair campuran Persian yang dikenali sebagai King Oyen pada Majlis Rumah Terbuka Si Miow Beraya. FOTO Faiz Anuar



Shah Alam: "Kami sekeluarga menganggap dia seperti anak sendiri, bukan kucing peliharaan semata-mata," kata pemilik kucing jantan jenis American Short Hair campuran Persian bernama King Oyen.

Pemiliknya, Sofea Salleh, 49, berkata, King Oyen yang berusia empat tahun itu dibela seperti anak sendiri sejak dihadiahkan anak sulungnya tiga tahun lalu.

"Saya ada tiga anak, jadi King Oyen ini saya anggap anak keempat. Anak saya pun anggap dia macam adik mereka," katanya ketika ditemui di majlis Si Meow Beraya bersama Rakan Media anjuran Kelab Kucing Malaysia (KKM) di Plaza Shah Alam, di sini, hari ini.

Disebabkan itu, Sofea berkata, bukan sahaja penjagaan dan pemakanan, King Oyen turut dibelikan pakaian khas sempena Aidilfitri yang disambut minggu lalu.



"Setiap tahun ada baju raya untuk King Oyen. Tahun ini kami siapkan tiga pasang baju Melayu, selain persalinan lain sehingga raya kelima lengkap dengan cermin mata serta songkok sedondon dengan warna baju.

"Kami membelanjakan kira-kira RM400 untuk baju raya King Oyen," katanya.

Ketika ditanya bagaimana membiasakan kucing berkenaan mengenakan pakaian katanya, King Oyen adalah kucing yang mendengar kata dan patuh arahan.

"King Oyen jenis kucing baik dan mendengar kata. Dia juga faham apa saya cakap.. kalau saya cakap tak boleh.. dia takkan buat.

"Sebab itu King Oyen jenis layan saja dan tidak kisah apa yang kami pakaikan," katanya.

Bagi Nurmayani Asmuni, 25 tahun dari Shah Alam, tahun ini kali pertama kucing peliharaannya 'Lion King' mengenakan baju raya.

"Baju raya baru kali pertama, tetapi setiap bulan saya memang beli baju untuk dia pakai, dia sudah biasa pakai baju sebab itu dia tidak kekok berbusana raya berserta tanjak.

"Set yang dipakai hari ini berharga lebih RM100 untuk dua baju Melayu, sampin, songkok, tanjak," katanya.

Sementara itu, Presiden KKM, Khalid Rashid berkata, majlis berkenaan diadakan bagi menghargai dan meraikan pengamal media yang banyak membantu menyiarkan berita positif berkenaan haiwan kesayangan Rasulullah SAWitu.

"Hari ini kita ada 10 kucing berbusana baju raya yang dibawa pemilik masing-masing.

"Pada majlis ini juga, kita akan menyerahkan kerusi roda elektrik pemberian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersama KKM dan Persatuan Asas kepada bekas wartawan, Fauziah Samad," katanya.

Disiarkan pada: Mei 11, 2022 @ 4:20pm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 09:17 PM | Show all posts
dua je ke gambarnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 09:35 AM | Show all posts
amboiii...untungnyaaa kucing depa ni jenis ikut je kena pakai apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058942 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list