CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

Zii Jia waspada bisa Momota

[Copy link]
Post time 11-5-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode

LEE Zii Jia (kiri) akan memperbaharui permusuhannya dengan Kento Momota apabila kedua-dua pemain menjadi perseorangan utama negara masing-masing dalam aksi Piala Thomas hari ini.

  

PETALING JAYA: Lee Zii Jia percaya seteru utamanya dari Jepun, Kento Momota lawan yang sukar dijangka walaupun pemain No. 2 dunia itu bergelut dengan prestasi kebelaka­ngan ini.

Jaguh No. 6 dunia itu berkata, dia tetap menjangkakan cabaran sengit daripada juara dunia dua kali tersebut apabila Malaysia berdepan Jepun dalam aksi badminton Piala Thomas hari ini yang bakal menjadi penentu juara Kumpulan D.

Zii Jia yang menumpaskan pemain England, Toby Penty kelmarin berharap, dia mampu meneruskan momentum kemenangan dan menyumbang mata kepada negara.


“Lepas kalahkan dia di All England, prestasi Momota memang agak tak stabil namun saya rasa standard dia masih tinggi.

“Jadi saya tak boleh pandang rendah kepada Momota,” katanya.

Kali terakhir juara Asia itu menewaskan Momota ialah pada suku akhir All England 2022 21-7, 13-21, 21-11, namun berdasarkan 11 pertemuan, Momota mempunyai kelebihan dan menumpaskan Zii Jia lapan kali.

Semalam, Zii Jia, 24, diberi ‘cuti’ ketika menentang Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya mendapat rehat yang cukup.

Sementara itu, bekas pemain badminton No. 1 dunia, Roslin Hashim berkata, berdasarkan prestasi semasa, Zii Jia mempunyai kelebihan dan mahu pemain negara itu mengambil kesempatan atas prestasi tidak konsisten Momota.

“Kali ini saya melihat kita mempunyai kelebihan dalam perseorangan. Jadi kita kena fokus untuk kutip mata penuh, sekarang Jepun agak kuat dalam acara regu namun, jika pasangan kita boleh menang ke atas regu Jepun ia merupakan satu bonus untuk kita muncul juara kumpulan,” katanya.


Dalam pada itu, ketua jurulatih Jepun Park Joo-bong mengakui Momota masih mencari rentak permainan terutama selepas bekas juara dunia dua kali itu terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur, dua tahun lepas.

“Momota mengikuti semua program latihan tetapi dari segi mental mungkin dia belum pulih sepenuhnya selepas kemalangan itu,” katanya.

Bekas jurulatih Malaysia itu juga berkata, kekalahan Momota di tangan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dalam perlawanan akhir Terbuka Denmark pada Oktober lepas, 22-20, 18-21, 12-21 juga telah menjejaskan prestasinya sehingga kini. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... aspada-bisa-momota/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.067807 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list