CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Kedah] Wanita dakwa barang kemas, wang tabung hilang selepas rumah diserbu

[Copy link]
Post time 11-5-2022 10:12 AM | Show all posts |Read mode


ALOR SETAR – Seorang wanita mendakwa barang kemas dan wang tabung anaknya hilang selepas rumahnya diserbu sepasukan polis dalam kejadian di sebuah daerah di negeri ini pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, wanita terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada petang semalam.

Katanya, dia mendakwa kehilangan seutas rantai dan gelang emas bernilai RM8,000 serta wang kertas dalam tabung milik anaknya sebanyak RM700 selepas rumah diserbu lima anggota polis narkotik.

“Serbuan diketuai seorang pegawai itu dilakukan ke atas sebuah rumah teres dua tingkat pada pukul 1.20 pagi, Sabtu lalu.

“Polis melakukan serbuan untuk memeriksa suami wanita tersebut dan menemui hampir empat gram syabu di dalam kotak rokok milik lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, suami wanita itu kemudian digari di ruang tamu rumah.

“Anggota polis terus menggeledah rumah yang memiliki tiga bilik di tingkat atas dan tidak menemui sebarang bahan terlarang lain.

“Suami wanita terbabit dibawa ke IPD bagi membantu siasatan kerana didakwa memiliki dadah,” ujarnya.

Katanya, pada kira-kira pukul 5 pagi hari sama, wanita itu masuk ke dalam salah sebuah bilik yang digeledah polis dan mendapati barang kemas disimpan di dalam kotak hilang manakala tabung milik anaknya dipecah.

Dalam pada itu Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan secara menyeluruh. Jika benar kejadian itu berlaku seperti didakwa, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pegawai mahu pun anggota terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... epas-rumah-diserbu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.145713 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list