CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Kedah] Tokan ditahan bersama heroin

[Copy link]
Post time 11-5-2022 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Suspek tokan lelaki berusia 30 tahun yang ditahan polis selepas berlaku pergelutan di hadapan sebuah rumah di Kampung Ewa, Langkawi. FOTO IHSAN POLIS

Langkawi: Tokan dadah ditahan polis bersama paket lut sinar berisi bahan terlarang di Kampung Ewa di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan di hadapan sebuah rumah pada 10.30 malam.

"Panik dengan kehadiran anggota polis, suspek bertindak agresif dan nekad bergelut dalam usahanya cuba meloloskan diri tetapi berjaya ditahan.

"Pemeriksaan menemukan enam paket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 32.80 gram (g)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, turut ditemui satu paket plastik disyaki berisi syabu seberat 0.60 g disembunyikan dalam poket kiri seluar dipakai suspek.

"Suspek yang juga penganggur berserta barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta 15(1)(a) akta sama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahan-bersama-heroin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053480 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list