CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Kedah] Kos baik pulih ban pecah dijangka cecah RM1.8 juta

[Copy link]
Post time 11-5-2022 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Kubang Pasu: Kerajaan negeri menjangkakan kos baik pulih ban dan terusan tengah di Sungai Santap, Pelubang yang runtuh semalam, bakal mencecah sehingga RM1.8 juta.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, runtuhan yang berlaku pada 12.15 tengah hari itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan menyebabkan limpahan air ke kawasan berdekatan.

Menurutnya, terusan berkenaan adalah penting kerana membekalkan sumber air mentah utama ke sekitar Alor Setar dan daerah berdekatan lain seperti Pokok Sena dan Pendang.

"Ketika ini, pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) sedang giat melakukan kerja membelat terusan berkenaan menggunakan jentera berat membabitkan kos kira-kira RM300,000 yang dijangka dapat disiapkan hari ini.

"Proses membelat ini perlu dibuat sebelum kerja membaik pulih ban yang pecah dapat dilakukan segera yang dianggarkan membabitkan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 juta," katanya ketika ditemui ketika meninjau runtuhan ban di Lubuk Batu di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga Kedah Datuk Suraya Yaacob, Pengurus Besar Mada Kamarudin Dahuli dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (Sada) Radzuan Osman.

Berikutan kejadian semalam, Sada mengeluarkan amaran kepada kira-kira 75,000 akaun pengguna di Kota Setar dan Pokok Sena yang bakal terjejas berikutan penurunan paras air di Sungai Santap.

Muhammad Sanusi bagaimanapun berkata, setakat pagi ini hanya Loji Rawatan Air (LRA) Pokok Sena terpaksa ditutup sepenuhnya, manakala LRA Jenun Lama dan LRA Jenun Baru masih beroperasi sepenuhnya.

"Sebaik sahaja kerja membelat selesai, kita akan lepaskan kembali air yang ditakung di baraj Pelubang kerana paras air perlu ditingkatkan ke paras normal 4.9 meter sebelum semua LRA dapat kembali beroperasi seperti biasa.

"Berikutan itu, orang ramai terutamanya di Alor Setar, Gurun dan Yan diminta berjimat menggunakan air. Kita jangka bekalan air akan pulih secara berperingkat mulai esok ke semua kawasan yang terjejas ketika ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang dilihat 'gembira' susulan kejadian ban runtuh berkenaan, beliau menegaskan perkara itu sepatutnya dihentikan.

"Ada orang 'gembira' dengan kejadian, bila berlaku kecemasan kita harap pihak berwajib dapat mengatasi masalah ini dan orang ramai tidak sepatutnya sebar perkara boleh menimbulkan kontroversi atau kebimbangan keterlaluan.

"Jika ada orang yang gembira, maka orang itu ada masalah atau dia memang jahat kerana orang baik tidak buat begitu. Orang jahat tidak patut hidup dengan kita, dia sepatutnya duduk dalam hutan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gka-cecah-rm18-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.119403 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list