CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

Emas untuk ibu - Yan Yee

[Copy link]
Post time 11-5-2022 09:48 AM | Show all posts |Read mode

YAN Yee bergambar dengan pingat emas dimenanginya dalam acara 3 meter papan anjal hari ini. FOTO Bernama

Hanoi: Atlet terjun wanita negara Ng Yan Yee mendedikasikan pingat emas dimenanginya pada Sukan Sea ke-31 kepada ibunya yang tercinta, bersempena Hari Ibu yang disambut pada Ahad lepas.

Yan Yee berkata ibunya antara individu terpenting dan menjadi tulang belakang kepada perjalanan kariernya, sebagai seorang atlet.

Atlet berusia 29 tahun itu berkata pencapaian dilakar juga dikhaskan kepada semua ibu di dunia yang banyak berkorban demi melihat anaknya mencapai kejayaan.

"Istimewanya pingat emas ini pertama sebab ia acara individu dan satu lagi sebab Hari Ibu, ia untuk ibu saya yang sentiasa menyokong saya walaupun dalam keadaan saya bersedih dan nak berputus asa. Semua orang tahu macam mana terjunan saya di (Olimpik) Tokyo, dan saya bersyukur kerana secara sedikit-sedikit ia kembali semula, walaupun saya sudah berusia.

"Ini juga (emas) untuk semua ibu-ibu, semua tahu bagaimana sukarnya menjadi seorang ibu, jadi saya berterima kasih yang kami di sini dan kami dapat meraih pingat emas, dan semua orang kekal selamat," katanya ketika ditemui selepas saingan final 3 meter (m) papan anjal wanita di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Pada saingan itu, Yan Yee menepati ramalan menewaskan tujuh pencabar lain untuk membawa pulang emas, sementara rakan senegara Ong Ker Ying meraih perak dan gangsa milik wakil Singapura Fong Kay Yian.

Ia emas kedua peribadinya di temasya sukan dwitahunan itu, selepas menjuarai acara 3m papan anjal seirama bersama gandingan Ker Ying, semalam.

Mengulas lanjut, Yan Yee berkata beliau belum memikirkan perancangan pasca temasya Sukan Sea ke-31, namun telah memikirkan mengenai persiapan menghadapai Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary bulan depan dan Sukan Komanwel Birmingham 2022, yang dijadual bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

"Saya akan teruskan latihan dan belajar macam biasa dan kita lihat bagaimana, sebab pandemik semuanya berubah dan Sukan Asia 2022 juga ditangguhkan, jadi selepas ini kita hanya berlatih untuk Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia," kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan pemakanan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-untuk-ibu-yan-yee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.310754 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list