View: 416|Reply: 0
|
Skuad wanita menang jua akhirnya
[Copy link]
|
|
BEREGU negara Pearly Tan dan M Thinaah tidak beraksi ketika menentang Mesir.
Kuala Lumpur: Skuad wanita negara akhirnya berjaya memperbaiki reputasi mereka pada saingan Piala Uber apabila mencatat kemenangan 5-0 ke atas Mesir dalam aksi terakhir Kumpulan C di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.
Kemenangan itu sekali gus menyelamat maruah Malaysia daripada menghuni kedudukan tercorot kumpulan selepas tewas dalam dua perlawanan awal sebelum ini di tangan Denmark dan Thailand.
Dua kekalahan berturut-turut itu menutup pintu skuad wanita negara untuk melangkah ke suku akhir sekali gus mengulangi skrip tahun lalu apabila turut terkandas di peringkat kumpulan.
Malaysia layak beraksi secara merit di Piala Uber tahun ini selepas mara sehingga separuh akhir saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Februari lalu.
Pada pertemuan dengan Mesir, Malaysia yang dibarisi pemain muda tidak berdepan masalah apabila Myisha Mohd Khairul yang diberi peranan selaku perseorangan utama berjaya menyumbang mata pertama pasukan menerusi kemenangan ke atas Doha Hany 21-5, 21-19.
Perseorangan kedua, Tan Zhing Yi melebarkan kedudukan buat pasukan negara apabila menundukkan Nour Ahmed Youssri 21-12, 21-14 sebelum Chen Wen Tsen menyumbang mata ketiga selepas mengatasi Hana Tarek Zaher 21-16, 21-16.
Beregu wanita, Low Yee Yuan-Valeree Siow memberi mata keempat selepas menewaskan Jana Ashraf-Jana Hesham Mohamed Abdelkader 21-6, 21-10 sebelum gandingan Teoh Mei Xing-Anna Cheong melengkapkan kemenangan skuad negara dengan menundukkan Nour-Hana 21-5, 21-4.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... menang-jua-akhirnya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|