CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Kedah] Ban MADA pecah akibat hujan lebat

[Copy link]
Post time 10-5-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode

BAN selian MADA di Pelubang yang pecah tengah hari tadi. FOTO Ihsan MADA

Alor Setar: Runtuhan ban selian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) susulan hujan lebat di kawasan tadahan dan di dataran semalam menyebabkan aliran tidak terkawal dan paras air dari tadahan Sungai Padang Terap, meningkat.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ia menyebabkan kenaikan paras air hulu dan hilir di Struktur Alator Pelubang.

Katanya, paras itu melebihi paras limpah di Alor Limpah Lengkuas Sifon iaitu pada paras 8.01 meter menyebabkan kegagalan struktur alur limpah di Sifon Lengkuas.

"Justeru pihak MADA melakukan tindakan kecemasan segera selepas kejadian runtuhan ban kanan Terusan Tengah yang berlaku di Struktur Alor Limpah, Sifon Lengkuas MADA kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

"Kejadian ini dijangka memberi kesan kepada penggunaan bekalan air terawat penduduk sekitar," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Ahmad Tarmizi, berkata pihak MADA bersama SADA melakukan tindakan segera dengan menjalankan

kerja-kerja pembinaan sekatan sementara di dalam Sungai Bukit Pinang bagi mengawal paras

air di dalam Terusan Tengah supaya operasi loji rawatan air SADA tidak terjejas.

Katanya, kerja-kerja pembaikan ban sementara akan dijalankan pada malam ini oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak MADA dalam tempoh segera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.090734 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list