CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan perlu beri garis masa jelas pengambilan pekerja asing

[Copy link]
Post time 9-5-2022 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Zayad Md Ismail

ALOR SETAR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah menyeru kerajaan untuk memberikan arahan dan garis masa yang jelas dalam proses pengambilan pekerja asing.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Zayad Md Ismail berkata, majikan dalam kalangan industri masih ternanti-nanti keputusan kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Menurutnya, mereka telah membuat permohonan awal namun dikhuatiri belum ada tarikh tepat untuk kemasukan pertama pekerja asing sehingga hari ini.

“Walaupun Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan seramai 24,560 pekerja asing telah menyelesaikan proses temu duga pada 27 April lalu namun sehingga hari ini masih tiada berita tentang status permohonan mereka.

“Selain itu, jumlah tersebut dilihat sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah permohonan kira-kira 519, 937 setakat 7 April lalu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, lebih 290,000 permohonan juga dikatakan masih belum diproses, selain 40,000 permohonan dikatakan ditolak atas sebab-sebab tertentu.

“Daripada angka-angka ini, pastinya penantian industri untuk mendapat sumber tenaga kerja dengan kadar segera tidak akan dapat dipenuhi,” katanya.

Tambah beliau, ramai peniaga turut mengeluh proses permohonan dan kelulusan dalam pengambilan dilihat tidak berjalan lancar.


“DPMM Kedah menyeru kepada kerajaan untuk memberikan arahan dan garis masa yang pasti dalam proses pengambilan pekerja asing ini demi kelangsungan ekosistem perniagaan dan bagi menyokong industri dan komuniti perniagaan,” katanya.

Jelasnya, satu penyelesaian segera perlu diambil sebagai langkah jangka pendek sehingga semua isu mengenai pengambilan tenaga kerja asing dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Mohd Zayad berkata, keperluan tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor dalam negara dilihat sangat mendesak ketika ini.

“Ia berikutan industri seperti makanan, pembuatan, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan dilihat terjejas apabila tenaga kerja berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati semua sektor ini berdepan kesan disebabkan kekurangan tenaga kerja untuk mengekalkan kemampanan sehingga mengakibatkan kerugian.

“Selain itu, kekurangan tenaga kerja ini dibimbangi turut menjejaskan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan perkhidmatan mereka.

“Maklum balas daripada komuniti perniagaan menyatakan mereka telah menghabiskan banyak masa dan sumber untuk mengisi isu kekurangan tenaga kerja, namun masih tidak berjaya diselesaikan,” katanya.

Tambah beliau, pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengambil pekerja daripada rakyat tempatan walaupun kebanyakan mereka sering meletakkan jawatan dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas diambil bekerja.

“Keadaan ini secara tidak langsung mengganggu proses perniagaan mereka, sekali gus menyebabkan keperluan kepada tenaga buruh asing ini dilihat sangat-sangat mendesak ketika ini,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan kebimbangan kesan domino pasti berlaku jika masalah tenaga kerja ini terus membelenggu.

"DPMM Kedah melihat bahawa pentingnya memastikan rantaian bekalan tenaga kerja kekal stabil, dan sebarang tekanan akibat daripada penawaran dan permintaan termasuk bekalan tenaga kerja akan memberi kesan terhadap ekosistem perniagaan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... bilan-pekerja-asing
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.350598 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list