View: 394|Reply: 0
|
Melaka harap dua atletnya sumbang pingat di Sukan Sea
[Copy link]
|
|
SHANMUGAM (empat dari kanan) bersama atlet judo Sukan Sea dan Melaka. -FOTO Nazri Abu Bakar
Melaka: Melaka menyasarkan negeri terbabit mampu menyumbang sebutir pingat dalam sukan judo menerusi dua atletnya Ong Kun Xiong dan Tan Woon Kiat yang bakal mewakili negara di Sukan Sea Hanoi, Vietnam.
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, V P Shanmugam berkata, harapan tinggi diletakkan di bahu mereka untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat dalam membantu pencapaian cemerlang negara di Sukan Sea terbabit.
Katanya, potensi sumbangan mampu direalisasi atas pengalaman luas atlet terbabit selain mereka berdua juga jurulatih di Persatuan Judo Negeri Melaka.
Dalam masa sama Melaka juga menyasarkan untuk menjadi pusat melahirkan jurulatih seni bela diri bertaraf antarabangsa menerusi sukan terbabit.
"Melaka memiliki ramai jurulatih bertaraf dunia yang melatih atlet untuk menempah nama di persada antarabangsa. Justeru kerajaan negeri akan membantu menyediakan tempat latihan yang kondusif selain menjaga kebajikan atlet.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri akan berusaha untuk menyediakan keperluan berkenaan sekali gus meningkatkan pelancongan sukan yang lebih meluas di negeri terbabit," katanya.
Beliau turut mengadakan lawatan di Pusat Latihan Persatuan Judo Negeri Melaka di bandaraya berkenaan dalam meninjau perkembangan semasa sukan berkenaan.
Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM), Mahathir Mustafa.
Rombongan terbabit juga turut menyampaikan sagu hati serta kelengkapan sukan kepada Kun Xiong dan Woon Kiat yang bakal mewakili Malaysia di Sukan Sea Vietnam.
Sementara itu, Kun Xiong dan Woon Kiat jelas mahu menebus kecewa pada Sukan Sea Filipina tanpa pingat dengan kali ini tetap yakin mampu melakar kejutan meskipun tanpa kejohanan besar susulan pandemik Covid-19.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pingat-di-sukan-sea |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|