CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 0

Geram Kereta Semua Laju Macam 'Pelesit', Ayah Menyamar Polis Pegang Speed Trap

[Copy link]
Post time 9-5-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Fieza Mieza




Walaupun kerajaan telah berusaha untuk membendung pemandu yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa orang lain, masih ada ramai di luar sana yang mementingkan diri sendiri.


Hal ini jelas dapat dilihat apabila pemandu yang  tidak mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya berkenaan dengan had laju.


Baru-baru ini, perkara sama terjadi kepada pengguna Tiktok dikenali sebagai Fieza Mieza. Menurut wanita ini, terlalu ramai pemandu yang memandu secara berbahaya  di hadapan rumah keluarganya. Hal ini menyebabkan ayahnya telah bertindak untuk mencegah perkara ini.





Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan ayah kepada wanita itu berlakon sebagai polis dengan memegang alat 'speed trap' untuk menghalang pemandu tidak bertanggungjawab.


Tambah wanita ini, ayahnya terpaksa bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan pemandu-pemandu yang degil.  Ayahnya telah menggunakan 'ring light' untuk dijadikan 'speed trap'. Kreatif betul pakcik ni!


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea ayah kepada wanita itu. Kelihatan juga netizen sama-sama memberi idea untuk membanteras perkara ini. - CARI


Sumber: Tiktok Fieza Mieza






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056195 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list