CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 1

[Pulau Pinang] OKU minta maaf dengan bapa sebelum ditemukan maut dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 8-5-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shakrisham (kiri) ditenangkan selepas anaknya, Nur Ikmal Aiman yang juga OKU ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Apartment Desa Bayan, Jalan Merbah. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Bayan Lepas: "Saya minta ampun maaf... saya sayang abah," demikian kata-kata terakhir Nur Ikmal Aiman Mohd Shakrisham, 18, kepada bapanya semalam, sebelum ditemukan mati dalam keadaan melecur seluruh badan akibat kebakaran di tingkat lapan Apartment Desa Bayan, Jalan Merbah di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Nur Ikmal Aiman yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU) dikatakan tinggal seorang diri dalam satu daripada bilik di rumahnya itu.

Mohd Shakrisham Mohamad, 50, berkata anaknya itu memang sudah biasa ditinggalkan di rumah seorang diri ketika dia keluar bekerja.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai di sini, keluar rumah pada jam 6.40 pagi sebelum berpatah balik tidak lama kemudian selepas mengetahui terdapat kebakaran di rumahnya.

"Tidak sangka yang terbakar itu adalah rumah saya dan memang rumah berkenaan ditinggalkan berkunci seperti biasa.

"Semalam dia ada meminta ampun dan maaf kepada saya, namun tidak mengesyaki dia akan meninggalkan saya hari ini kerana memang sebelum tidur dia selalu buat begitu (meminta maaf) ," katanya yang terkejut dan sedih dengan kejadian berkenaan.

Difahamkan Mohd Shakrisham tinggal berdua bersama Nur Ikmal Aiman selepas isterinya meninggal dunia pada Mac lalu akibat barah.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang lelaki OKU berusia 18 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran berkenaan.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Hafiz Hafizal Timaradin, berkata, pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian pada jam 9.06 pagi selepas menerima panggilan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah unit rumah di tingkat lapan yang mana pintu rumah terbabit berada dalam keadaan berkunci.

"Ketika masuk ke dalam rumah berkenaan, anggota menemukan mayat seorang lelaki dewasa yang melecur seluruh badan dalam keadaan tertiarap di dalam bilik," katanya di sini, hari ini.

Mohd Hafiz Hafizal berkata, difahamkan bahawa mangsa adalah OKU hiperaktif dan biasa ditinggalkan di rumah ketika bapanya keluar bekerja.

"Punca kejadian masih dalam siasatan, " katanya lagi.

Operasi memadamkan kebakaran membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dan BBP Seri Balik Pulau.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aut-dalam-kebakaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 11:10 PM | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057224 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list