CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 0

[Kedah] Tok Pora meninggal dunia pada usia 107 tahun

[Copy link]
Post time 8-5-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Tok Pora

Langkawi: Wanita dipercayai tertua di daerah ini, Sepora Amin, meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 107 tahun di kediaman anaknya di Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba, di sini, hari ini.

Sepora atau lebih dikenali sebagai Tok Pora, sebelum ini pernah tular di media sosial kerana masih gigih turun ke laut untuk bekerja sebagai nelayan pantai sehingga menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cucunya, Rahman Ahmad, 45, berkata, wanita berusia lebih satu abad itu menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 8.33 pagi hari ini.

"Arwah hanya sakit tua dan kesihatannya mula merosot tiga bulan lalu sehingga sukar menelan makanan ini, arwah cuma mampu minum susu yang diberi ahli keluarga sebelum meninggal dunia pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Rahman berkata, arwah neneknya hidup seorang diri selepas kematian suami lebih 20 tahun lalu, dan hanya ditemani anak dan cucu berdekatan.

"Nenek adalah ibu kepada enam cahaya mata dengan dua daripadanya sudah meninggal dunia, selain dikurniakan lebih 100 cucu, cicit dan piut.

"Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Wafa, Pulau Tuba pada jam 2.20 petang," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, turut mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Tok Pora.

"Saya mendapat berita sedih Allahyarhamah Sepora Amin telah kembali ke rahmatullah.

"Kali terakhir kami bertemu adalah ketika Program Outreach Imunisasi Covid-19 di Pulau Tuba pada Jun 2021. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya," katanya di akaun Facebooknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pada-usia-107-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064062 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list