CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 0

'Mercedes tak mampu muncul juara dunia' - Leclerc

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode

LECLERC melayan peminatnya. FOTO Reuters

Miami: Pendahulu kejuaraan dunia, Charles Leclerc percaya Mercedes akan bangkit dan menewaskan Ferrari dalam beberapa perlumbaan tahun ini, tetapi tidak mungkin dapat mengekalkan gelaran dunia pengeluar.

Bercakap kepada CNN menjelang Grand Prix sulung Miami hujung minggu ini, pemandu Ferrari itu berkata dia menjangkakan Ferrari dan Red Bull akan bersaing hebat untuk memburu kejuaraan pemandu dan pengeluar.

"Saya suka tugas sekarang. Saya suka memandu dan inilah yang saya selalu impikan.

"Kini saya berada dalam Formula Satu dengan pasukan terbaik di dunia yang mana pada pendapat saya adalah Ferrari.

"Saya pasti akan ke trek dengan senyuman lebar di wajah saya kerana berada di kedudukan lebih baik berbanding tahun lalu. Pergi ke trek, mengetahui anda mempunyai peluang untuk menang dan ia sangat menakjubkan," katanya.

Ditanya mengenai Mercedes yang bergelut dengan jentera mereka di bawah peraturan baharu tahun ini, dia berkata pasukan itu akan kembali meraih prestasi terbaik mereka.

"Saya pasti mereka akan memenangi perlumbaan pada musim ini. Saya tidak akan menafikannya kerana mereka adalah pasukan yang begitu kuat dan sudah membuktikannya pada masa lalu.

"Tapi untuk memenangi kejuaraan pada tahun ini agak sukar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... juara-dunia-leclerc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.054870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list