CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Kedah] Bisikan suruh baling batu nisan ke dalam masjid

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:22 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK yang dikesan membaling batu nisan dalam Masjid Al-Ittihad di Sungai Kob berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).FOTO Ihsan PDRM

Kulim: Suspek yang ditahan kerana melakukan perbuatan khianat di dua masjid dan tiga tanah perkuburan Islam di sekitar Sungai Kob di sini, sejak tahun lalu mendakwa mendengar bisikan suara ghaib menyuruhnya melakukan perbuatan itu.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan Selasa lalu di Taman Mutiara di sini dan direman sehingga 10 Mei ini bagi membantu siasatan kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak bekerja mempunyai enam rekod lampau bersabit kes dadah dan tiga jenayah.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kita turut merampas heroin ketika menahannya.

"Selain khianat, kes turut disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) akta sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek terbabit dalam lima kes khianat di masjid dan tanah perkuburan dan punca kejadian disebabkan pengaruh dadah.

"Setakat ini, suspek memberi alasan dia mendengar bisikan yang mendesaknya melakukan perbuatan khianat terbabit.

"Siasatan mendapati, kejadian khianat ini berlaku sejak Oktober 2021 dengan kes terbaru pada bulan ini dan sepanjang tempoh itu sekurang-kurangnya lima kes dikesan," katanya.

Pada 20 April lalu, polis mengesan seorang lelaki yang wajahnya sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) selepas dia mencabut dan melontar batu nisan ke dalam masjid.

Dalam kejadian itu, seorang jemaah lelaki berusia 60-an yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila melihat batu nisan di bahagian saf hadapan masjid sebelum dia memaklumkannya kepada polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... san-ke-dalam-masjid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057794 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list