CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8679|Reply: 195

[Politik] Sorotan debat Najib-Anwar (live)

[Copy link]
Post time 6-5-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 13-5-2022 02:14 PM

(Dikemaskini).....
PETALING JAYA: Debat yang ditunggu-tunggu antara bekas perdana menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengenai Sapura Energy Berhad (SEB) menyaksikan kedua-duanya hanya menyentuh tema biasa untuk kepentingan politik mereka.

Debat yang bermula dengan nasib SEB itu turut menyentuh isu nasional termasuk ekonomi, tadbir urus dan hala tuju negara.

Bagaimanapun, perdebatan itu menjadi medan buat Najib dan Anwar untuk menyuarakan retorik politik.

Berikut adalah sorotan perdebatan malam ini:

Mengenai SEB

Menurut Najib, SEB perlu diselamatkan dengan mencadangkan supaya syarikat minyak nasional Petronas mengambil alih kepentingan syarikat itu daripada diisytiharkan muflis.

Beliau berkata, SEB mempunyai kontrak bernilai RM7 bilion dan sebaik saja ia melaksanakan kontrak ini, harga sahamnya akan meningkat dan Petronas boleh menjual sahamnya dan ia menguntungkan.

“Jika tidak, minta bank beri pinjaman dengan dijamin kerajaan,” katanya sambil menambah cadangan itu tidak akan membebankan satu sen pun kepada pembayar cukai.

Manakala, Anwar pula menggesa kerajaan melakukan audit forensik terhadap SEB dalam usaha menyelamatkan syarikat itu daripada pelbagai permasalahan yang berlaku.

Katanya, audit forensik antaranya sebagai langkah untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebabkan masalah dalam syarikat itu.

“Bukan soal kerajaan bantu syarikat ini, tapi soalnya campur tangan, mesti ada audit forensik.

“Macam saya lakukan terhadap Perwaja Steel dulu, saya diarahkan untuk bantu. Saya lakukan dan minta PWC (PricewaterhouseCoopers) lakukan audit forensik,” katanya.

Masa depan selepas Covid-19

Najib berkata, kesan projek mega termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Lebuhraya Pan Borneo dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta penciptaan peluang pekerjaan.

Beliau memetik falsafah bapanya yang juga bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein memperbesarkan “kek ekonomi” untuk kemakmuran semua.

“Namun ia berdasarkan kestabilan politik,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak menentang projek mega, namun katanya ia tidak sesuai dibuat ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan pada masa sama menyentuh kekurangan kemahuan politik yang melibatkan ketelusan dengan memetik pelancaran 5G.

“Sebab itu, kalau ada kek jangan makan sorang, kalau kek dah besar siapa nak tentukan pembahagian pula. Pada masa ini elitis politik ramai mendapat bahagian terbesar. Sebab itu saya tekankan integriti dan tadbir urus yang baik,” katanya.

Kos sara hidup dan ketidaksamaan

Anwar berkata, beliau mendapat reaksi orang ramai bahawa Pakatan Harapan (PH) lebih berjaya menangani isu kos sara hidup dengan membandingkan harga ayam pada 2019 dan sekarang.

Najib pula menjawab, sembilan tahun terakhir Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan, berdasarkan statistik Gini coefficient-yang mengukur perbezaan pendapatan, menyaksikan 22 bulan bawah kerajaan PH statistik semakin meningkat.

Bahas isu mudah

Najib menyentuh mengenai penjualan aset oleh kerajaan PH serta keputusan memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang menjejaskan hasil kerajaan.

Beliau turut bercakap mengenai lantikan politik dibuat kerajaan PH dengan memetik bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.

Anwar berhujah, pemberian pada zaman BN mewujudkan budaya pergantungan dan PH mahu menjadikan rakyat lebih bebas daripada kerajaan.

Beliau juga menyentuh dasar pada zaman BN yang memberi manfaat terutama kepada golongan elit.

Skandal BMF

Najib bertanya kepada Anwar mengenai pandangannya berhubung keputusan kerajaan PH yang mengklasifikasikan “tiada tindakan lanjut” terhadap kerugian akibat aktiviti Forex berjumlah RM33 bilion pada 1994.

“Pendirian saya jelas, kalau esok dapat saya bercakap dengan perdana menteri dan peguam negara (untuk buka semula kertas siasatan RCI Forex), saya tidak ada masalah. Ini beza saya dengan Najib,” kata Anwar

Skandal itu merujuk kepada kerugian ditanggung dalam perdagangan pertukaran mata wang asing oleh Bank Negara pada 1990-an.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/12/sorotan-debat-najib-anwar/



Najib Razak Anwar Ibrahim debate live

Debat Najib-Anwar akan diadakan di Matic pada 12 Mei ini.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk memilih Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pada jam 9 malam,” katanya mereka dalam kenyataan tersebut.

Kedua-dua pihak turut berharap debat perdana itu akan berlangsung dengan sempurna.

https://malaysiagazette.com/2022/05/06/debat-najib-anwar-di-matic-siaran-langsung-di-tv/








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 12:22 PM | Show all posts
Dua orang yang dikatakan is a 'nobody' dalam kancah politik tanah air. Really?

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan debat korang tu dapat turunkan harga dedak ayam?? Dedak lembu???
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:45 AM | Show all posts
kalau menang debat dpt jadi PM kah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:48 AM | Show all posts
tapi bang non memang pandai debat
good luck jibbbbb
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:52 AM | Show all posts
Belibis replied at 6-5-2022 12:26 PM
Dengan debat korang tu dapat turunkan harga dedak ayam?? Dedak lembu???

dedak babi turun kot...  sebab puak2 babi yang kawal pengaliran dan perjalan bisnis benda2 ni.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
apa impact kat malaysia dgb debat 2 org ni????
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 12:19 PM | Show all posts
Daripada korang betekak baik pergi buat majlis baca yasin demi kesatuan ukhwah bangsa/agama.  Negara tetap lah cam tu jugal makin serabot adalah! Nobody wins!

Kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 12-5-2022 07:16 PM


Korang team sape?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerkaypoh replied at 12-5-2022 12:19 PM
Daripada korang betekak baik pergi buat majlis baca yasin demi kesatuan ukhwah bangsa/agama.  Negara ...

Betullah dh lah khamis malam jumaat pula tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 01:29 PM | Show all posts
satu bekas banduan, satu lagi bakal banduan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
epal_putih replied at 12-5-2022 10:48 AM
tapi bang non memang pandai debat
good luck jibbbbb

Dia pandai debat tp fakta kadang2 kelaut gak... Dok pusing2 jaaa...

Najib kita bleh nilai bagus ke x dia debat,  adakah berfakta sama mcm dlm posting di fb dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:33 PM | Show all posts
Edited by nolya at 12-5-2022 05:36 PM
stingerkaypoh replied at 12-5-2022 12:19 PM
Daripada korang betekak baik pergi buat majlis baca yasin demi kesatuan ukhwah bangsa/agama.  Negara ...


Alahai.... orang K'tan tu lagilah terlebih rajinnya buat segala majlis ceramah, bacaan yassin tu semua, dn dgn cara Islamic approach tapi rakyat merekalah tak sudah2 dgn masalah air dn negerinya yg nampak tak maju2. Tak berkat ke doa yg sering dibacakan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 12-5-2022 05:33 PM
Alahai.... orang K'tan tu lagilah terlebih rajinnya buat segala majlis ceramah, bacaan yassin tu s ...

Mlm Jumaat org suruh berdoa.. mustajab bukan bertekak supaya Sapura Holdings diselamatkan!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Duaa2 xlehh pakaiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
debat dgn najib buat apa..dia bkn duduk dlm kabinet.. dah la sebulan dua lagi bakal ke dalam..hantar la sekor menteri drp 70 org tu..baru la nampak ada buat keje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mlm ni tayang kt mana? Iols nk letak reminder
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:52 PM | Show all posts
stingerkaypoh replied at 12-5-2022 05:45 PM
Mlm Jumaat org suruh berdoa.. mustajab bukan bertekak supaya Sapura Holdings diselamatkan!



Oooo, lupa pulak mlm ni mlm Jumaat untuk panjatkan doa.  Tapi kenapa pilih mlm Jumaat je?  Mlm2 lain tak mustajab ke doanya. Lebih baik bawa doa ke depan Kaabah, itu lagi2lah mustajabnya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
"malam jumaat pon nak bertekak..cepat balik rumah....jangan kasi rosak ini malam" -bini
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Siaran langsung kol 9 di Astro Awani
#teamjibby
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.780932 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list