CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 0

[Sarawak] Treler bertembung, kedua-dua pemandu selamat

[Copy link]
Post time 5-5-2022 08:47 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Dua pemandu treler berselisih maut selepas bertembung di Jalan Wawasan, hari ini (Khamis).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 3.24 petang.

Susulan itu, katanya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah beserta jentera FRT Scania dan EMRS bersama sembilan anggota diketuai PBK II Mohd Faizal Bujang telah bergegas ke lokasi.

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan simen dan sebuah treler membawa kontena.

“Kedua-dua treler terbabit bertembung dari laluan bertentangan dan menyebabkan seorang mangsa tersepit di dalam treler membawa kontena,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa telah diberi rawatan awal oleh unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Katanya mangsa dikenali sebagai Kenidy Gawan berusia 49 tahun.


ANGGOTA bomba ketika mengeluarkan mangsa tersebut.



by suaraswk
May 5, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list