CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 0

[Sarawak] Pemberian khas persekutuan kepada Sarawak harus berdasarkan satu formula

[Copy link]
Post time 5-5-2022 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-5-2022 12:31 PM



Abang Johari bersama Naroden (tiga kiri) dan yang lain berpeluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis ramah tamah yang diadakan hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak bertegas memutuskan pemberian khas daripada kerajaan persekutuan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada negeri ini harus berdasarkan satu formula.


Menegaskan perkara itu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, formula itu amat penting kerana Sarawak menyedari pertimbangan kedudukan kewangan kerajaan persekutuan.

“Sekurang-kurangnya perlu ada formula (pemberian khas) ini dan prinsip saya jika negara kita berada dalam keadaan baik (kewangan) harus ada perkongsian dan jika negara berada dalam keadaan tidak baik kita juga berkongsi bebanan.

“Sebenarnya berdasarkan formula, jika hasil negara kurang maka geran diberikan kurang, begitu juga sebaliknya, anda tidak boleh menetapkan jumlah sebenar kerana kita juga menyedari pertimbangan kedudukan kewangan kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri DUN Gedong yang dihadiri Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri dan bekas ADUN Gedong yang juga pengerusi pengelola majlis Datuk Mohd Naroden Majais di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak amat praktikal dan pragmatik mengenai hasil yang diperolehi oleh negara, maka itu langkah terbaik untuk pemberian khas kepada negeri ini perlu berlandaskan satu formula.

“Kita tidak mahu nanti jika mereka mendapat duit (banyak) tetapi tidak dikongsi bersama kita… kalau ada formula pendapatan naik maka geran kita naik, kalau tidak bagus kita berkongsi bebanan… itu prinsip kita,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Gedong berkata formula itu kini sedang dalam rundingan bersama kerajaan persekutuan dan Sarawak amat bertegas mengenai formula terbabit.

Malahan kata Abang Johari, semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Kerajaan Sarawak telah mengemukakan formula untuk pemberian khas terbabit kepada Menteri Kewangan.

“Ini kerana kita percaya kita harus ada formula tertentu dalam hal ini dan kita amat bertegas mengenainya,” katanya.

Sementara itu sebelum ini dilaporkan kerajaan persekutuan menaikkan amaun pemberian khas baharu kepada Sabah, iaitu sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, amaun itu akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan yang dipersetujui bersama.

“Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya mencapai kata sepakat mengenai kajian semula pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan pada hari ini.

“Ini merupakan susulan kepada beberapa perbincangan dan rundingan yang diadakan oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah dengan kebanyakan terma dipersetujui pada 14 Februari 2022,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/05/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054457 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list