KUCHING: Sejumlah 52.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Sarawak telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 (setakat jam 11.59 malam 4 Mei 2022).
Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laman web CovidNow, 81.7 peratus sudah menerima satu dos vaksin untuk tempoh sama.
Sementara itu bagi kumpulan berumur 12 hingga 17 tahun pula, 93.4 peratus sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 bagi tempoh sama manakala 96.4 peratus telah mendapat satu dos.
Bagi jumlah penduduk Sarawak pula, statistik menunjukkan 81.5 peratus daripada jumlah penduduk yang layak sudah mendapatkan dua dos vaksin COVID-19 berbanding 81.9 peratus di peringkat kebangsaan.
Manakala jumlah rakyat negeri ini yang sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 ialah 86.2 peratus dan 55.5 peratus sudah mendapat dos penggalak bagi tempoh sama (setakat jam 11.59 malam 4 Mei 2022).
utusanborneo.com.my/2022/05/05 |