CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[Sarawak] Galak pemakaian kain sabok

[Copy link]
Post time 5-5-2022 12:17 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Pemakaian kain sabok sebagai ‘samping’ dipadankan dengan baju Melayu wajar diwarisi, jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata, budaya tersebut kini sudah mula dilupakan khususnya golongan muda. Oleh itu, katanya, Pusat Khidmat Dun Nangka telah menganjurkan Pertandingan Mengikat Kain Sabok di Dataran Tun Tuanku Bujang, petang Jumaat.

“Pertandingan yang dianjurkan ini bukan sahaja satu program santai untuk memeriahkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri, malah mampu mengembalikan budaya pemakaian baju Melayu sebagai satu warisan yang perlu dikekalkan kepada generasi muda,” katanya kepada media ketika menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.


Adun Nangka itu berkata, budaya pemakaian baju Melayu terutamanya cara mengikat kain sabok perlu dilakukan dengan betul dan kemahiran itu perlu diperturunkan kepada generasi muda. “Sekarang banyak orang khususnya golongan muda tidak pandai mengikat kain sabok ini malah pemakai kain ini sudah jarang-jarang dipakai.

“Kebanyakan orang muda zaman sekarang tidak pandai mengikat kain sabok atau ‘samping’ malah saya sendiri hanya mengikatnya secara simple iaitu main golong biasa saja,” tegas beliau.

Menurut beliau, cara ikatannya adalah pelbagai tetapi memang rumit dan perlu mengikut cara yang betul supaya ikatannya tidak terlepas dari pinggang.

Sementara itu, Penyelaras Pertandingan Mengikat Kain Sabok, Sayed Azmee Wan Junaidi berkata, pertandingan itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan generasi muda di sekitar bandar ini. Beliau berkata, seramai 26 peserta telah mendaftar untuk menyertai pertandingan itu yang dibahagikan kepada kategori dewasa dan kanak-kanak.


Sayed Azmee yang juga Setiausaha Politik Premier Sarawak memberitahu program tersebut merupakan anjuran Pusat Khidmat Dun Nangka.

“Tujuannya adalah untuk menghidupkan suasana menjelang Aidilfitri dan ia juga merupakan cetusan idea Dr Annuar sendiri,” tambah beliau.

Sementara itu, Mohammad Hazmi Mustapa telah dinobatkan sebagai juara kategori dewasa dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 manakala naib juara (RM750) dan tempat ketiga (RM500) masing-masing dirangkul oleh Mohamad Shahran Mohamad Lizamberi dan Abang Malik Jamari.

Untuk kategori kanakkanak, Quezikry Mohd dipilih sebagai juara membawa pulang wang tunai RM500 manakala Ubaidullah Azfar Mohad Alias dan Mohd Amirul Syafiq Mustaza masing-masing di tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200).


by suaraswk
May 4, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.555882 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list