CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 0

[Sabah] Rumah warga emas ranap dilanda angin kencang

[Copy link]
Post time 5-5-2022 12:12 AM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Keadaan rumah pasangan warga emas yang musnah selepas dilanda angin kencang di sini.

KOTA BELUD: Nasib malang menimpa pasangan warga emas apabila kediaman mereka ranap dilanda angin kencang di Kadamaian di sini.

Pemilik rumah, Raiman Jimbun berkata kejadian pada 30 April lalu itu berlaku apabila beliau dan suaminya yang sedang sakit berada di rumah terbabit sebelum angin kencang melanda.

“Semasa ingin ke dapur, saya sangat terkejut melihat atap dapur terbang seolah-oleh diangkat dan bahagian dapur musnah dalam sekelip mata.

“Mujurlah pada masa itu saya tidak berada di kawasan dapur walaupun adalah ketika itu adalah masa rutin saya berada di ruang dapur untuk memasak,” katanya.

Beliau berkata kejadian ini adalah bencana kali kedua yang terpaksa dilalui selepas banjir besar yang memusnahkan tanaman padinya.

Tambahnya beliau hanya mampu melihat padi yang ditanam sudah menguning dan menunggu masa untuk dituai musnah sama sekali apabila dilanda banjir besar.

Sementara itu beberapa pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) Kadamaian turun padang memberi bantuan atas keperhatinan dan simpati kepada pasangan ini.

Ketua Bahagian PBS Kadamaian Demis Rumanti semasa mengadakan lawatan ke rumah mangsa untuk melihat sendiri kerosakan yang dialami berkata berat mata memandang tetapi berat lagi bahu yang memikul.

“Kita akan mengadakan gotong royong untuk memulihkan semula rumah mangsa yang musnah akibat angin kencang tersebut,” katanya.

Timbalan Ketua Bahagian PBS Kadamian Walter Kandayon berkata pihaknya akan menyelaras aktiviti tersebut dalam masa terdekat dan beliau yakin dengan kerjasama padu dari rakan-rakan dalam bahagian termasuk pemuda dan wanita, rumah mangsa akan dapat dipulihkan dalam masa terdekat.


utusanborneo.com.my/2022/05/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.063574 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list