CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 584|Reply: 0

[Sarawak] Jumlah bayaran taksiran lebih dikreditkan ke dalam bil 2023

[Copy link]
Post time 5-5-2022 12:06 AM | Show all posts |Read mode

MIRI: Pembayar cukai pintu dalam kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang sudah membuat pembayaran lebih bagi taksiran 2022, jumlah lebihan bayaran itu akan dikreditkan ke dalam bil taksiran 2023.

Menjelaskan perkara tersebut, Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata langkah itu dibuat berikutan keputusan Kerajaan Sarawak memberi diskaun sebanyak 25 peratus ke atas bil taksiran separuh pertama 2022.

“Kerajaan Sarawak melalui Inisiatif Pasca COVID-19 memberi diskaun sebanyak 25 peratus untuk semua pegangan diumumkan oleh Premier Sarawak sebelum ini. Jumlah subsidi kerajaan negeri adalah berjumlah RM10.69 juta bagi 2022.

“Justeru, bagi mereka yang membuat pembayaran awal kerana bil taksiran untuk 2022 telah dihantar lebih awal kepada pembayar cukai pintu maka lebihan bayaran itu dikreditkan untuk 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, bagi mereka yang belum menerima atau tersalah letak bil taksiran bagi cukai pintu masing-masing dinasihati mendapatkan salinan bil itu di Kaunter Perkhidmatan Sarawak, UTC Miri.

Yii berkata seiring dengan ekonomi digital, MBM menasihati pembayar cukai supaya membuat pembayaran dalam talian melalui aplikasi S Pay Global atau melayari laman web dan aplikasi Service Sarawak atau Pay Bills Malaysia.

“Kini kaedah pembayaran hanya di hujung jari sahaja, justeru manfaatkan kelebihan urusan digital itu bagi mengelak kesulitan beratur di kaunter selain lebih memudahkan dan menjimatkan masa,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Miri atas sumbangan membayar kadar taksiran.

“Bersama kita membangunkan dan menjadikan Miri sebagai sebuah bandar raya peranginan indah dan kita dengan bangga mengatakan Miri adalah Rumah Saya, Kebanggaan Saya,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/05/04

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.583508 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list