CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 0

[Sarawak] Mayat dengan kesan luka ditemui dalam hutan nipah

[Copy link]
Post time 5-5-2022 12:04 AM | Show all posts |Read mode


Mayat diserahkan kepada pihak polis.

SARIKEI: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditemui meninggal dunia di dalam hutan nipah kira-kira 33 meter dari Jalan Sentebu di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata dalam satu kenyataan hari ini mayat mangsa yang dikenali sebagai Chee Hua Kiong dijumpai pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei kira-kira jam 1.41 tengah hari.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan menyandar di dalam hutan itu iaitu kira-kira 33 meter dari tepi jalan utama (Jalan Sentebu)," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pasukan SAR mendapati ada kesan luka pada lengan sebelah kiri dan luka di bahagian leher semasa mayat ditemui di lokasi penemuan.

Mahmudin berkata, mayat telah diserahkan kepada pihak polis pada jam 2.10 petang untuk tindakan lanjut.

Sehingga berita ditulis, punca kecederaan mangsa masih belum dikenal pasti dan polis masih menjalankan siasatan.

Menurut laporan polis, mangsa dilaporkan keluar dari rumah seorang diri pada jam 5.30 petang semalam.

Terdahulu, penduduk kampung yang tinggal di kawasan berdekatan lokasi penemuan menjumpai dompet dan telefon bimbitnya lalu memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga mangsa.

Namun usaha mencari mangsa oleh ahli keluarga menemu jalan buntu sehingga laporan polis dibuat pada jam 8.15 malam semalam.


utusanborneo.com.my/2022/05/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055722 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list